Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Rabu, 25 Julai 2012

Perbuatan Makruh Dilakukan Ketika Berpuasa

Assalamulaikum buat saudara dan saudari perbuatan berikut adalah sangat elok ditinggalkan ketika berpuasa:

1.Keterlaluan ketika berkumur semasa wuduk

Nabi sangat suke berkumur ketika berwuduk .walaubagaimanapun perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi berpuasa.Pelu di ingatkan  walaupun tidak membatalkan puasa tetapi makruh hukumnya sekiranya di lakukan setelah gelincir matahari atau masuk waktu zuhur.

2.Bersugi selepas waktu zuhur.

ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ertinya:sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat(riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini tiada  dalil khusus bahawa bersugi selepas zuhur adalah makruh.cumenya bau mulut berubah pada waktu zuhur.oleh kerana bau mulut orang berpuasa lebih wnagi dari bau kasturi disisi Allah,maka wajarlah di kekalkan bau itu.

3.Berbekam

berbekam ialah proses mengeluarkan darah daripada badan atau kepala dengan kaedah tertentu

Nabi sendiri berbekam ketika puasa ibnu abbas berkata:dan nabi s.a.w berbekam sedangkan baginda berpuasa.(riwayat bukhari)

Walaubagaimanapun adalah lebih baik di tangguhkan hingga malam hari.kerana ada riwayat hadis menyebut bahawa nabi s.a.w bersabda:maksudnya berbuka(batal puasa) tukang bekam dan orang berbekam(riwayat bukhari)

Maka berkata ulamak dimakruhkan kerana melemahkan badan orang yang berpuasa di samping itu terdapat hdis menjelaskan berbekam membatalkan puasa

4.Merasai makanan tanpa hajat

kalau suri rumah yang memasak atau tukang masak dan sebagainya harap2 di maafkan.tapi janganlah dihirup satu sudu dengan alasan merasa makanan tersebut.cukuplah di rasa sedikit di hujung lidah

5.Mencium dan memeluk pasangan

pasangan ini ada mkna banyak ada suami isteri ada kekasih yang kekasih kompom haram bukan makruh lagi

mengenai beristimta' di makruhkan pada pasangan yang tidak dapat mengwal nafsu shawatnye.tunggu malamla ehehe

6.Cakap bnyak tanpa hajat

7.Tidur banyak

8.mengumpul air  liur dengan banyak kemudian menelanya.

air liur tidak membatalkan puasa walaupun banyak mana sekalipun kerana ia bukan luar badan..seharusnya di telan terus tidak di kumpulkan atau bermain2 maka begitu hukumnya makruh

Persoalan Puasa oleh Dr Yusoff Qardhawi




1. ADAKAH boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?


Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.
Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis:
·                     “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”
Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.
Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
·                     “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.”
Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
Adapun hadis:
·                     “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.”
Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.

2. Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?
Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:
·                     1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddahseorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.
·                     2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.
·                     3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.
3. Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?


Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.


Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.


4. Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?


Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata:

·                     “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.


5. Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?


Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah(keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah(sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannyamasyaqqah (keberatan dan beban).


Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?


Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah (keringanan) bagi dirinya.
·                     (i) Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.
·                     (ii) Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebih afdhalbaginya.
6. Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.


Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.
Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi:
·                     “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”
7. Bilakah malam Lailatul Qadr?


Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.


Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.
Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.


8. Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?
Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata:
·                     “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”
Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.
9. Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?


Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.
Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:
·                     (i) Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai
·                     (ii) Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur
Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.

Ahad, 22 Julai 2012

Hikmah dan Manfaat Puasa


Puasa mempunyai kedudukan khusus di sisi Allah: (1)


Hadits1 - Nabi saw bersabda:



"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat, - Allah Ta'ala berfirman: “ kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk- Ku dan Aku yang langsung membalasnya. (Dalam puasa, anak Adam) meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi." (HR Bukhari dan Muslim)


Hadits2 - Nabi saw juga bersabda:



Dari Sahl bin Sa’d RA bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya di surga ada satu pintu yang disebut Ar-Royyan. Itulah pintu yang pada hari kiamat dikhususkan bagi orang-orang yang puasa. Tak ada satupun orang lain masuk dari pintu itu. Ketika itu berkumandang seruan: “Mana orang-orang yang puasa?” Maka mereka pun bangkit (untuk masuk dari pintu itu). Tak ada satupun orang lain yang menyertai mereka. Apabila mereka sudah masuk, pintu itu ditutup. Jadi tak ada satupun orang lain yang masuk dari pintu itu. (HR Bukhori dan Muslim).


HIKMAH DAN MANFAAT PUASA (2)


1.Orang yang puasa mendapat ampunan


Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Barang siapa melakukan puasa Ramadhan semata-mata karena keimanan dan mencari ganjaran, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. HR Bukhori dan Muslim


Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:“Sholat lima waktu, ibadah jum’at hingga jum’at berikutnya, ibadah Ramadhan hingga Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi diantara waktu-waktu itu asalkan dosa-dosa besar dihindari.” (HR Muslim).
ِ 
2.Puasa adalah perisai.


Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya dari keburukan)



Rukhsoh di berikan kepada orang berpuasa

1.Musa fir.


Banyak hadits shahih membolehkan musafi r untuk tidak puasa, kita tidak lupa bahwa rahmat ini disebutkan di tengah-tengah kitab-Nya yang Mulia, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang berfi rman,



"Ertinya : Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu" [Al-Baqarah : 185]



Hamzah bin Amr Al-Aslami bertanya kepada Rasulullah "Apakah boleh aku berpuasa dalam safar ?" -dia banyak melakukan safar- maka Rasulullah bersabda."Ertinya : Berpuasalah jika kamu mau dan berbukalah jika kamu mau"



Dari Anas bin Malik berkata:"Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah  di bulan Ramadhan, orang yang puasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang berpuasa"



Hadits-hadits ini menunjukkan bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun mungkin kita (bisa) menyatakan bahwa yang afdah adalah berbuka berdasarkan hadits-hadits yang umum, seperti sabda Rasulullah "Ertinya : Sesungguhnya Allah menyukai didatanginya rukhsah yang diberikan, sebagaimana Dia membenci orang yang melakukan maksiat"[Hadits Riwayat Ahmad 2/108, Ibnu Hibban 2742 dari Ibnu Umar dengan sanadnya yang Shahih.]



Dalam riwayat lain disebutkan :
"Ertinya : Sebagaimana Allah menyukai diamalkannya perkara- perkara yang diwajibkan"



Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha' dan menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak melenceng dari maksudnya. Hal ini telah dijelaskan dengan gamblang dalam satu riwayat Abu Said Al-Khudri "Para sahabat berpendapat barangsiapa yang merasa kuat kemudian
puasa (maka) itu baik (baginya), dan barangsiapa yang merasa lemah
kemudian berbuka (maka) itu baik (baginya)"

Peringatan :


Sebagian orang ada yang menyangka bahwa pada zaman kita sekarang ini tidak diperbolehkan berbuka, sehingga (berakibat ada yang) mencela orang yang mengambil rukhsah tersebut, atau berpendapat bahwa puasa itu lebih baik karena mudah dan banyaknya kemudahan transport saat ini.
Orang-orang seperti ini perlu kita usik ingatan mereka kepada fi rman Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata:"Artinya : Dan tidaklah Tuhanmu lupa" [Maryam : 64]



Dan fir rman-Nya di tengah ayat tentang rukhsoh berbuka dalam safar. "Artinya : Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu" [Al-Baqarah : 185]



Yakni, kemudahan bagi orang yang safar adalah perkara yang diinginkan, ini termasuk salah satu tujuan syar'iat. Cukup bagimu bahwa Dzat yang mensyari'atkan agama ini adalah pencipta zaman, tempat dan manusia. Dia lebih mengetahui kebutuhan manusia dan apa yang bermanfaat bagi mereka.
Allah berfi rman."Artinya : Apakah Allah Yang Menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahasiakan) ; dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui ?" [Al-Mulk : 14]


2 Sakit



Allah membolehkan orang yang sakit untuk berbuka sebagai rahmat dari-Nya,dan kemudahan bagi orang yang sakit tersebut. Sakit yang membolehkan berbuka adalah sakit yang apabila dibawa berpuasa akan menyebabkan suatu madharat atau menjadi semakin parah penyakitnya atau dikhawatirkan terlambat kesembuhannya. Wallahu a'alam


3 Haid dan Nifas



Ahlul ilmi telah bersepakat bahwa orang yang haid dan nifas tidak dihalalkan berpuasa, keduanya harus berbuka dan mengqadha, kalaupun keduanya puasa (maka puasanya) tidak sah. Akan datang penjelasannya, insya Allah.


4.Orang tua yang terlalu tua dan uzur



Ibnu Abbas  berkata : "orang tua yang lanjut usia, yang tidak mampu puasa harus memberi makan setiap harinya seorang miskin"[Hadits Riwayat Bukhari 4505, Lihat Syarhus Sunnah 6/316, Fathul Bari 8/180, Nailul Authar 4/315. Irwaul Ghalil 4/22-25]


Allah berfirman:"Ertinya : Orang-orang yang tidak mampu puasa harus mengeluarkan fidyah makan bagi orang miskin" [Al- Baqarah : 184]



Kemudian beliau berkata : "Yakni lelaki tua yang tidak mampu puasa dan kemudian berbuka, harus memberi makan seorang miskin setiap harinya 1/2 gantang gandum"



Dari Abu Hurairah  "Ertinya : Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu puasa Ramadhan, harus mengeluarkan setiap harinya cupak gandum"



Dari Anas bin Malik (bahwa) beliau lemah (tidak mampu untuk puasa) pada satu tahun, kemudian beliau membuat satu wadah Tsarid dan mengundang 30 orang miskin (untuk makan) hingga mereka kenyang.


5.Wanita Hamil dan Menyusu bayi.



Dari Anas bin Malik,  ia berkata :
"Kudanya Rasulullah “ mendatangi kami, akupun mendatangi Rasulullah , aku temukan beliau sedang makan pagi, beliau bersabda,"Mendekatlah, aku akan ceritakan kepadamu tentang masalah puasa. Sesungguhnya Allah  meng- gugurkan 1/2 shalat atas orang musafi r, menggugurkan atas orang hamil dan menyusui kewajiban puasa". Demi Allah, Rasulullah telah mengucapkan keduanya atau salah satunya. Aduhai sesalnya jiwaku, kenapa aku tidak (mau) makan makanan Nabi [11Hadits Riwayat Tirmidzi 715, Nasa'i 4/180, Abu Daud 3408, Ibnu Majah 16687. Sanadnya Hasan sebagaimana pernyataan Tirmidzi.
















Keharusan yang di boleh kan kepada orang yang berpuasa


     Seorang hamba yang taat serta paham Al-Qur'an dan Sunnah tidak akan ragu bahwa Allah menginginkan kemudahan bagi hamba-hamba-Nya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang puasa, dan tidak menganggapnya suatu kesalahan jika mengamalkannya. Inilah perbuatan-pebuatan tersebut beserta dalil-dalilnya.


1.Sudah subuh tapi masih berjunub



Di antara perbuatan Rasulullah  adalah masuk fajar dalam keadaan junub karena jima' dengan isterinya, beliau mandi setelah fajar kemudian shalat. Dari Aisyah dan Ummu Salamah "Ertinya : Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian
ia mandi dan berpuasa" [Hadits Riwayat Bukhari 4/123, Muslim 1109]


2.Bersiwak/Gosok gigi



Rasulullah  bersabda,
"Ertinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudlu" [Hadits Riwayat Bukhari 2/311, Muslim 252 semisalnya].



Rasulullah  tidak mengkhususkan bersiwak untuk orang yang puasa ataupun yang lainnya, hal ini sebagai dalil bahwa bersiwak itu diperuntukkan bagi orang yang puasa dan selainnya ketika wudlu dan shalat.
[Inilah pendapat Bukhari , demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari 4/158, Shahih Ibnu Khuzaimah 3/247, Syarhus Sunnah 6/298]
Demikian pula hal ini umum di seluruh waktu sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu 'alam.


3.Berkumur dan Istinsyaq



Kerana beliau Rasulullah berkumur dan beristinsyaq (memasukkan air ke hidung) dalam keadan puasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebihan ketika beristinsyaq. Rasulullah “ bersabda,Rasulullah “ bersabda,
"Ertinya : ... Bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa"[Hadits Riwayat Tirmidzi 3/146, Abu Daud 2/308, Ahmad 4/32, Ibnu Abi Syaibah 3/101, Ibnu Majah 407, An-Nasaa'i no. 87 dari Laqith bin Shabrah, sanadnya SHAHIH.]

4.Bermesra/ mencium  dgn isteri



Aisyah Radhiyallahu 'anha pernah berkata.
"Ertinya : Adalah Rasulullah pernah mencium dalam keadaan berpuasa dan bermesra  dalam keadaan puasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling bisa menahan diri




"Kami pernah berada di sisi Nabi “, datanglah seorang pemuda seraya berkata, "Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan puasa ?" Beliau menjawab, "Tidak". Datang pula seorang yang sudah tua dan dia berkata : "Ya.



Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan puasa ?". Beliau menjawab : "Ya" sebagian kami memandang kepada teman-temannya, maka Rasulullah  bersabda : "Sesungguhnya orang tua itu (dapat) menahan dirinya".


maka adalah harus bagi mereka yg tua kerana dpt menjaga nafsunya dan MAKRUH  bagi orang muda melakukan demikian dengan syahwatnya.


5.Berbekam      



Berbekam (mengeluarkan darah kotor dari kepala dan anggota tubuh lainnya) adalah makruh
karana boleh mengakibatkan tubuh menjadi lemah dan menyebabkan orang berbekam untuk
berbuka. Demikian pula halnya yang semakna dengan ini adalah memberikan derma darah.


Hukum ini merupakan bentuk gabungan dari dua hadits Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wa sallam, iaitu antara hadits mutawatir yang di dalamnya beliau menyatakan

"Telah berbuka orang yang berbekam dan orang yang membekamnya.”
Dan hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma riwayat Al-Bukhary
“Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam berbekam dan beliau dalam keadaan berpuasa


Hal ini sepakat ulamakmenyatakan Makruhk demikian juga mendermakan darah kias dari berbekam kerana akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah.


6.Bercelak mata/memaiakai contact lane


Perbuatan  ini tidak membatalkan puasa, baik rasanya yang dirasakan di tenggorokan atau tidak. Inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam risalahnya yang bermanfaat dengan judul Haqiqatus Shiyam serta murid beliau yaitu Ibnul Qayim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, Imam bukhari berkata dalam shahhihnya:"Anas bin Malik, Hasan Al-Bashri dan Ibrahim An-Nakha'i memberi pandangan, tidak mengapa bagi yang berpuasa".


7.Mandi dan membasahkan kepala dengan air    



Bukhari menyatakan dalam kitab Shahihnya 8 Bab : Mandinya Orang Yang Puasa,
Umar membasahi  bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan puasa. As-Sya'bi masuk kamar mandi dalam keadaan puasa. Al-Hasan berkata : "Tidak mengapa berkumur-kumur dan memakai
air dingin dalam keadaan puasa".


Rasulullah  menyiramkan/membasahkan air ke kepalanya dalam keadaan puasa
karena haus atau kepanasan.[Hadits Riwayat Abu Daud 2365, Ahmad 5/376,380,408,430 sanadnya shahih.]

Bahkan di boleh mandi berenang selagi mana air tidak masuk ke dalam rongga dan membatalkan puasanya seperti dengan menelan atau berlebih lebihan air masuk...Wallahu'alam













Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur


Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab. Allah berfi rman.


"Artinya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah : 183]



Waktu dan hukumnya pun sesuai dengan apa yang diwajibkan pada Ahlul Kitab,yakni tidak boleh makan dan minum dan jima' setelah tidur. Yaitu jika salah seorang dari mereka tidur, tidak boleh makan hingga malam selanjutnya.'


Demikian pula diwajibkan atas kaum muslimin sebagaimana telah  terangkan karena dihapus hukum tersebut. Rasulullah  menyuruh makan sahur sebagai pembeza antara puasa kita dengan puasanya
Ahlul Kitab.


Dari Amr bin 'Ash, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sllam bersabda,


"Artinya : Pembeda antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab
adalah makan sahur"

Keutamaannya



Makan Sahur Adalah Barokah Dari Salman, Rasulullah bersabda,


"Ertinya : Barokah itu ada pada tiga perkara : Al-Jama'ah, Ats- Tsarid dan makan Sahur" 


Dari Abu Hurairah , Rasulullah  bersabda,
"Ertinya : Sesungguhnya Allah menjadikan barokah pada makan sahur dan takaran"



Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah :
Aku masuk menemui Nabi “ ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda,
"Ertinya : Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan"



Penjelasan sahur sebagai barakah sangatlah jelas, kerana dengan makan sahur bererti mengikuti sunnah, menguatkan dalam puasa, menambah semangat untuk menambah puasa kerana merasa ringan orang yang puasa.



Dalam makan sahur juga (bererti) membeza Ahlul Kitab, karena mereka tidak melakukan makan sahur. Oleh karena itu Rasulullah  menamakannya dengan makan pagi yang diberkahi sebagaimana dalam dua hadits Al-Irbath bin Syariyah dan Abu Darda'Artinya : Marilah menuju makan pagi yang diberkahi, yakni sahur"



Allah dan Malaikat-Nya Bershalawat KepadaOrang-Orang yang Sahur.



Mungkin barakah sahur yang tersebar adalah (karena) Allah  ƒ akan meliputi orang-orang yang sahur dengan ampunan-Nya, memenuhi mereka dengan rahmat-Nya, malaikat Allah memintakan ampunan bagi mereka, berdo'a kepada Allah agar mema'afkan mereka agar mereka termasuk orang-orang yang
dibebaskan oleh Allah di bulan Ramadhan.


Dari Abu Sa'id Al-Khudri , Rasulullah “ bersabda,
"Artinya : Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk setengah air, karena Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang sahur"



Oleh sebab itu seorang muslim hendaknya tidak menyia-nyiakan pahala yang besar ini dari Rabb Yang Maha Pengasih. Dan sahurnya seorang muslim yang paling afdhal adalah korma. Bersabda Rasulullah ,
"Artinya : Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah korma"


Barangsiapa yang tidak menemukan korma, hendaknya bersungguh-sungguh untuk bersahur walau hanya dengan meneguk satu teguk air, karena keutamaan yang disebutkan tadi, dan karena sabda Rasulullah 
"Artinya : Makan sahurlah kalian walau dengan seteguk air"


Mengakhirkan Sahur

Disunnahkan mengakhirkan sahur sesaat sebelum fajar, karena Nabi  dan Zaid bin Tsabit  melakukan sahur, ketika selesai makan sahur Nabi “ bangkit untuk shalat subuh, dan jarak (selang
waktu) antara sahur dan masuknya shalat kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat di Kitabullah.
Anas meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit"Kami makan sahur bersama Rasulullah  kemudian
beliau shalat" Aku tanyakan (kata Anas), "Berapa lama jarak antara adzan dan sahur?" Zaid menjawab, "kira-kira 50 ayat membaca Al- Qur'an"



Ketahuilah wahai hamba Allah -mudah-mudahan Allah membimbingmu- kalian diperbolehkan makan, minum, jima' selama (dalam keadaan) ragu fajar telah terbit atau belum, dan Allah serta Rasul-Nya telah menerangkan batasan- batasannya sehingga menjadi jelas, karena Allah Jalla Sya'nuhu mema'afkan
kesalahan, kelupaan serta membolehkan makan, minum dan jima, selama belum ada kejelasan, sedangkan orang yang masih ragu (dan) belum mendapat penjelasan. Sesunguhnya kejelasan adalah satu keyakinan yang tidak adakeraguan lagi. Jelaslah.



Hukumnya

Oleh karena itu Rasulullah  memerintahkannya - dengan perintah yang sangat ditekankan-.  Beliau bersabda,
"Artinya : Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu"  Dan beliau bersabda,
"Artinya : Makan sahurlah kalian karena dalam sahur ada barakah"


Kemudian beliau menjelaskan tingginya nilai sahur bagi umatnya, beliau bersabda,
"Artinya : Pembeda antara puasa kami dan Ahlul Kitab adalah makan sahur"



Nabi  melarang meninggalkannya, beliau bersabda,
"Artinya : Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kalian tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air karena Allah dan Malaikat-Nya memberi sahalawat kepada orang-orang yang sahur"



Rasulullah  bersabda,
"Artinya : Sahurlah kalian walaupun dengan seteguk air"


Saya katakan : Kami berpendapat perintah Nabi ini sangat ditekankan
anjurannya, hal ini terlihat dari tiga sisi.

1. Perintahnya.
2. Sahur adalah syiarnya puasa seorang muslim, dan pemisah antara puasa
kita dan puasa Ahlul Kitab
3. Larangan meninggalkan sahur.


Inilah qarinah yang kuat dan dalil yang jelas. Walaupun demikian, Al-Ha dz Ibnu Hajar menukilkan dalam kitabnya Fathul Bari 4/139: "Ijma atas sunnahnya." Wallahu 'alam.


















Khamis, 19 Julai 2012

Kurniaan (Targhib) kepada orang berpuasa


1.Pengampunan Dosa

Allah dan Rasul-Nya memberikan targhib  untuk melakukan puasa Ramadhan dengan menjelaskan keutamaan serta tingginya kedudukan puasa, dan kalau seandainya orang yang puasa mempunyai dosa seperti buih di lautan niscaya akan diampuni dengan sebab ibadah yang baik dan diberkati ini.



Dari Abu Hurairah  dari Nabi (bahwasanya) beliau bersabda.
Etinya : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"



Dari Abu Hurairah  juga, Rasulullah  pernah
bersabda, "Ertinya : Shalat yang lima waktu, Jum'at ke Jum'at. Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang  waktu tersebut jika menjauhi dosa besar"



Dari Abu Hurairah  juga, (bahwasanya) Rasulullah  pernah naik mimbar kemudian berkata : Amin, Amin, Amin" Ditanyakan kepadanya : "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin,
Amin, Amin?"Beliau bersabda,"Artinya : Sesungguhnya Jibril 'Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata : "Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "Amin", maka akupun mengucapkan Amin...."


2.Dikabulkannya Do'a dan Pembebasan Api Neraka


Rasullullah Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Ertinya : Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam dalam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan
do'anya"

3.Orang yang Puasa Termasuk Shidiqin danSyuhada


Dari 'Amr bin Murrah Al-Juhani , ia berkata : Datang seorang pria
kepada Nabi  kemudian berkata : "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku shalat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku lakukan puasa Ramadhan dan shalat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku?"Beliau menjawab, "Artinya : Termasuk dari shidiqin dan syuhada"



Ahad, 15 Julai 2012

Keutamaan Puasa Ramadhan


Ramadhan adalah bulan kebaikan dan barokah, Allah memberkahinya dengan banyak keutamaan sebagaimana dalam penjelasan berikut ini.


1.Bulan Al-Qur'an



Allah menurunkan kitab-Nya yang mulia sebagai petunjuk bagi manusia, obatbagi kaum mukminin, membimbing kepada yang lebih lurus, menjelaskan jalanpetunjuk. (Al-Qur'an) diturunkan pada malam Lailatul Qadar, suatu malam di bulan Ramadhan. Allah ber rman.


"Artinya : (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulanRamadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasanmengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yangbathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri
tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa padabulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu iaberbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yangditinggalkannya, pada hari-hari yang lain. Allah menghendakikemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya, dan hendaklahkamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikankepadamu, supaya kamu bersyukur" [Al-Baqarah : 185]


Ketahuilah saudaraku -mudah-mudahan Allah meberkatimu- sesungguhnya sifat bulan Ramadhan adalah sebagai bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an, dan kalimat sesudahnya dengan huruf (fa) yang menyatakan illat dan sebab:

"Barangsiapa yang melihatnya hendaklah berpuasa" Memberikan isyarat illat (penjelas sebab) yakni sebab dipilihnya Ramadhan adalah karena bulan tersebut adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an.

2.Dibelengunya Syaitan, Ditutupnya Pintu-Pintu Neraka dan Dibukanya Pintu-Pintu Syurga


Maka dari itu ditutupnya pintu-pintu jahannam dan dibukanya pintu-pintu surga, (disebabkan) karena (pada bulan itu) amal-amal shaleh banyak dilakukan dan ucapan-ucapan yang baik berlimpah ruah (yakni ucapan-ucapan yang mengandung kebaikan banyak dilafadzkan oleh kaum mukminin.
Rasulullah bersabda.


"Ertinya : Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga [dalam riwayat Muslim :'Dibukalah pintu-pintu rahmat"] dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan



Semuanya itu sempurna di awal bulan Ramadhan yang diberkati, berdasarkan
sabda Rasulullah .
"Ertinya : Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, di ikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu surga,tidak ada satu pintu-pun yang tertutup, berseru seorang penyeru ;"Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan kurangilah. Dan bagi Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam"



3.Malam Lailatul Qadar

Hari yang paling mulia di sisi Allah adalah pada bulan diturunkannya Al- Qur'an hingga harus dikhususkan dengan berbagai macam amalan. Hal ini akan dijelaskan secara terperinci dalam pembahasan malam Lailatul Qadar, Insya Allah.

Sesungguhnya jika satu nikmat dicapai oleh kaum muslimin, mengharuskan adanya tambahan amal sebagai wujud dari rasa syukur kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menceritakan
sempurnanya nikmat bulan Ramadhan.


"Artinya : Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya, dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk- Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" [Al-Baqarah : 185]



Firman Allah  setelah selesai (menyebutkan) nikmat haji.
"Artinya : Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berdzikirlah (dengan menyebut) Allah. Sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga- banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikir
lebih banyak dari itu" [Al-Baqarah : 200]