Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Khamis, 29 April 2010

Fatwa semasa hukum rokok-menjurus kepada Haram





Kini heboh seantero dunia dalam gabus (filter) rokok ada sel babi. Namun saya perhatikan perokok tegar tidak ambil 'pot'. Di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Jadi, tidakkah 'asap babi' bertebaran di ruang surau dan masjid. Apakah hukum perbuatan ini?



Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan merokok berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Dibimbangi anda menghebus dan menebarkan asap zat babi dalam masjid dan surau. Tentulah ini kesalahan amat serius dan suatu dosa besar.

Kepada pengurusan masjid dan pihak penguat kuasa agama, saya berpendapat tidak cukup dengan hanya meletakkan papan tanda DILARANG MEROKOK atau MEROKOK ADALAH HARAM di dinding atau ruang depan masjid.

Tangkap saja orang merokok di kawasan masjid terutama di berandanya dan hadapkan mereka ke mahkamah. Apabila berita mereka tersiar di dada-dada akhbar, barulah penghisap 'sel babi' di kawasan sekitar masjid akan takut dan lama kelamaan akan insaf.

Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Tahniah pemimpin..kami sokong yang mana terbaik..


Alhamdulillah satu lagi perkembangan yang baik telah di lakukan oleh pihak kerajaan khususnya pihak KTMB kerana telah melihat sistem menyediakan KOC KHAS UNTUK PEREMPUAN adalah sangat baik dan praktikal.mendapat galakn dan sokongan ramai pihak samada pihak kerajaan atau pihak penolong kerajaan tp depa dok anggap pembangkang..

Kebaikan ini meliputi dari segi pelbagai aspek,keselesaan,keselamatan,adab,akhlak dan meliputi kehendak syariat islam yang menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan mesti di asingkan tempat duduknya,bagi mengelakkan maksiat segalanya maksiat yang terang perlakuan atau maksiat mata atau mksiat fikiran atau maksiat hati....

Jadi ini satu perkara yang sangat baik berharap kebaikan sebegini terus berlaku hingga selamanya..kita berdoalah kepada Allah agar pemimpin kita di beri taufiq dan hidayah oleh Allah S.W.T

Selasa, 27 April 2010

MUTIARA IMAN AL-GHAZALI

Jika kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini;


(1) Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dgn wajah yg menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan.Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan merasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapibukan krn perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal letakkan menurut ukuran yg pertengahan, sebab sesuatu yg berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela


(2) Jgn gemar melihat dikedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana.Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain.Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yg tidak tenang duduknya dan spt orang yg hendak melompat-lompat shj.

(3) Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang , kata-katamu selalu teratur dan tertib.. Dengarlah hati-hati percakapan orang yg ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yg amat sangat.Jgn pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya.Jikalau ada hal-hal yg mertertawakan, maka diamlah sedapat mungkin.


(4) Jgnlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu,karangan-karanganmu atau apa shj yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

(5) Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan.Jagalah jgn engkau di anggap manusia yg bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sekali-kali berisyarat dgn menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda marahmu ucapkanlah isi hatimu dgn baik.


Mau'izatul Mukminin, karya Imam al-Ghazal

Selasa, 13 April 2010

http://sktiwa.edublogs.org/

....usha-ushala hehehe

Jahiliyah tahun baru



Hati orang beriman pasti akan begitu terguris juga begitu tertekan kepala pening mata berair apabila membaca keratan akhbar sejak akhir-akhir ini perlakuan jahiliyah sebelaum kedatangan islam berlaku kembali pada abad ini...

kita semua tahu apabila menghayati sejarah sebelum kedatangan islam betapa buruknya dan betapa hinanya sikap puak-puak jahiliyah terdahulu..mereka membunuh anak-anak perempuan,berzina,minum arak,tarian bogel dan sebagainya..

Kalau puak-puak jahiliyah terdahulu membunuh anak di sebabkan ada alasan yang "mungkin kukuh" atas sebab ekonomi kerana bagi puak-puak ini anak perempuan membawa kepada kemunduran maka mereka membunuh anak perempuan...

maka pada zaman ini perlakuan puak-puak jahiliyah ini berlaku lagi tetapi zaman alaf baru ini anak di buang penuh dengan sikap kebinatanagan mereka mmebuang begitu saja macam sampah,buang di tepi longkang,tands dalam plastik sampah...puak-puak jahiliyah sebelum kedatangan islam membunuh anak dengan menanam mereka hidup-hidup puak-puak jahiliyah sekarang membunuh anak dengan hidup-hidup dengan meletakkan di tepi-tepi longkang...

Puak-puak jahiliyah sebelum kedatangan islam membunuh anak-anak kerana pada anggapan mereka mendatangkan keburukan terutama anak perempuan tetapi puak-puak jahiliyah sekarang ini membunuh anak kerana malu,kerana kununya hendak menjaga maruah keluarga
inilah niat 'baik'mereka...

maka cuba kita bezakan perlakuan antara puak jahiliyah sebelum kedatangan islam dengan puak jahiliyah setelah kedatangan islam yang manakah lebih hina dari yang hina?

Sabtu, 3 April 2010

Bacaan Minda

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin n muslimat...

Just to share something that is quite interesting....
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan n berusaha lakukan…
Wassalam

ADAKAH ANDA?

1. Adakah anda bersembahyang berjemaah setiap hari?

2. Adakah anda tertinggal takbiratulihram pertama semasa berjemaah?

3. Adakah anda membaca Al-Quran pada hari ini?

4. Adakah anda selawat ke atas rasul pada hari ini?

5. Adakah anda membaca doa-doa ma'thur (doa-doa amalan Nabi)?

6. Adakah anda menjalankan dakwah pada orang lain?

7. Adakah anda ziarahi saudara anda yang lain kerana Allah s.w.t?

8. Adakah anda menyeru orang ke arah kebaikan dan menegah dari kemungkaran?

9. Sejauh manakah anda telah merasakan ketakwaan kepada Allah?

10. Adakah anda membaca buku-buku Islam?

11. Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang anda ada?

12. Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman sepanjang hari?

13. Adakah anda bergaul dengan orang soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t?

14. Adakah anda menitiskan air mata ketika mengingati Allah s.w.t.?

15. Adakah anda melakukan solat dhuha dan witir?

16. Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?

17. Adakah anda bercita-cita untuk berjihad dan mati di jalan Allah s.w.t?

18. Adakah anda memikirkan hari akhirat?

Jumaat, 2 April 2010

SEKILAS TENTANG j-QAF

PENDAHULUAN

Program j-QAF berasaskan idea YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia tun Abdullah yang telah
dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat
Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.
Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan
dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini
dilaksanakan mulai tahun 2005.




KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.



OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

Menguasai bacaan dan tulisan jawi
Khatam al-Quran
Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. model Kelas Pemulihan Jawi;

2. model Tasmik;

3. model 6 bulan Khatam al-Quran;

4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;

5. model Bestari Solat.



Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;

2. Kem Bina Juara;

3. Majlis Khatam al-Quran;

4. Kem Literasi al-Quran; dan

5. Pertandingan Bahasa Arab.



MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamat

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Prinsip Etika Kerja

a. Niat yang betul.
b. Perlakuan yang baik.
c. Penggerak ke arah kebaikan.
d. Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
e. Berdisiplin dan beradab.
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja

a. Amanah
b. Benar
c. Bijaksana
d. Bersyukur
e. Dedikasi
f. Ikhlas
g. Penyayang

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”