Aku pergi Barat aku lihat Islam tanpa Muslim..Aku pergi Timur aku lihat Muslim tanpa Islam
بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله و الشكرلله و فضل لله على نعمه
Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan
Jumaat, 8 Februari 2013
Membesarkan Ilmu dan Ahlinya.....
1.Mengagungkan Ilmu
Ketahuilah bahawa penuntut ilmu itu tidak akan mendapat ilmu dan manfaat ilmu kecuali dia mesti membesarkan ilmu dan ahlinya dan membesarkan guru dan memuliakan nya..maka tidaklah akan mencapai ilmu yang hendak di capai melainkan dengan memuliakan guru dan tidak akan dapat manfaat sesiapa yang tidak memuliakan gurunya.
2.Menghormati Guru
Setengah dari membesarkan ilmu itu ialah mengagungkan gurunya.
Berkata Saidina 'Ali Karamallahu wajhah;mksudnye aku telah menjadi khadam kepada mereka yang mengajara aku walaupun 1 huruf,jika dia mahu menjual atau hendak memerdeka atau dia hendak menjadikan aku hamba semua baginya.
Sabda Nabi Shallallahua 'alaihi wasallam:Ertinya :sesiapa yang mengajar ia seorang hamba 1 ayat dari Al-Quran Allah Ta'ala,maka dia telah menjadi penghulunya.
Bersya'ir Amirul Mu'minin 'Ali Karamallahu wajhah ,katanya;
"yakin aku akan yang terlebih kuat hak kuat itu hak Tuan Gurunya,
Dan terlebih wajib atas tiap2 muslim memeliharanya,
Sesungguhnya wajib bahawa di hadiah kepadanya akan pemberianya,
bagi mengajarkan huruf yang satu itu akan seribu dirhamnya.
Maksudnya:Aku yakin dan aku tahu bahawasanya hak yang wajib bagi Tuan Guru itu lebih dari hak2 bagi yang lain,dan lebih wajib memelihara ke atas tiap2 orang islam.Demi Allah tetap dan wajiblah hadiah kepadanya seribu dirham bagi tiap 1 huruf yang di ajar dan ilmunya.
Kata syeikh Sadiduddin As-Syairaizy;sesiapa yang mahu anak nya menjadi alim buatlah perkara berikut:
a)meraikan alim ulamak feqah
b)memuliakan mereka
c)membesarkan mereka
d)memberi sedikit harta kepada mereka
sekiranya anaknya tidak 'alim maka cucu nya akan 'alim.
Antara cara memuliakan menghormati guru ialah:
1)tidak berjalan di hadapanya
2)tidak duduk di tempat duduk nya
3)tidak bercakap melainkan dengan izinnya
4)tidak banyak bercakap ketika ia bercakap
5)tidak jemu padanya
6)memelihara waktu dan tepat pada waktu
7)tidak ketuk2 pintu rumah tuan guru sehingga dia keluar sendiri untuk mengajar,.
Rabu, 6 Februari 2013
BEBERAPA CONTOH CARA MENDIDIK ANAK YANG NAKAL
Syariat Islam yang agung mengajarkan kepada
umatnya beberapa cara pendidikan bagi anak yang boleh dijalani untuk meluruskan kerosakan akhlaknya.
- Teguran dan nasihat yang baik
Ini termasuk metode pendidikan yang sangat
baik dan bermanfaat untuk meluruskan kesalahan anak. Metode ini sering
dipraktikkan langsung Nabi Muhammad صلي الله عليه
وسلم , misalnya ketika melihat seorang anak kecil
menghulurkan perlbagai tangannye ke makanan saat makan, maka beliau
صلي الله عليه وسلم bersabda:
يَا غُلاَم سَمِّ اللهِ وَكُلْ بِيَمِيْنِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيْكَ
'Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah
(sebelum makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah (makanan)
yang ada di hadapanmu"
Dan dalam hadits yang terkenal, Nabi Muhammad
صلي الله عليه وسلم bersabda
kepada anak bapa sudaranya beliau, 'Abdullah bin'Abbas رضي الله
عنهما:
يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ
"Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin
mengajarkan beberapa kalimat (nasihat) kepadamu: jagalah
(batasan-batasan/syariat) Allah maka Dia akan menjagamu, jagalah
(batasan-batasan/syariat) Allah maka kamu akan mendapati-Nya di
hadapanmu".
- Menggantungkan tongkat atau alat pemukul lainnya di dinding rumah
Manfaat pembinaan dengan cara ini agar
anak-anak takut melakukan hal-hal yang tercela. Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم menganjurkan ini dalam
sabda beliau صلي الله عليه وسلم: "Gantungkanlah alat pemukul di
tempat yang terlihat oleh penghuni rumah, karena itu merupakan pendidikan bagi
mereka".
Hadits ini tidak boleh dipahami bahwa orang
tua harus sering memukul anggota keluarganya (dalam mendidik mereka), akan
tetapi maksudnya adalah sekadar membuat anggota keluarga takut terhadap ancaman
tersebut, sehingga mereka meninggalkan perbuatan buruk dan tercela.
Imam Ibnul Anbari رحمه الله berkata: "Rasulullah
صلي الله عليه وسلم tidak
memaksudkan dengan menggantungkanlah alat pemukul untuk memukul, karana
beliau صلي الله عليه وسلم
tidak memerintahkan hal itu kepada seorang pun, tetapi yang beliau maksud adalah
agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka" .
Dan masih banyak cara pendidikan bagi anak
yang dicontohkan dalam hadits-hadits Rasulullah صلي
الله عليه وسلم,
Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu
رحمه الله menyebutkan
beberapa di antaranya, seperti: menampakkan muka masam untuk menunjukkan
ketidaksukaan, mencela, hukuman ringan yang tidak melanggar syariat, dan
lain-lain
CARA-CARA MENGHUKUM ANAK YANG TIDAK DIBENARKAN DALAM ISLAM
Di antara cara tersebut adalah:
- Memukul wajah
Ini dilarang oleh Rasulullah صلي الله عليه وسلم dalam sabda beliau:
إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَّقِ الْوَجْهَ
"Jika salah seorang dari kalian memukul,
hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah".
- Memukul yang terlalu keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah
صلي الله عليه وسلم dalam
hadits yang shahih.
- Memukul dalam keadaan sangat marah
Ini juga dilarang karana dikhuatiri terlepas
kontrol sehingga berpotensi menghasilkan pukulan secara berlebihan.
Dari Abu Mas'ud al-Badri رضي الله
عنه dia berkata: "(Suatu hari) aku memukul budakku
dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku "Ketahuilah
wahai Abu Mas'ud!". Tapi aku tidak mengenali suara tersebut karena kemarahan
(yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat kepadaku, ternyata orang
tersebut adalah Rasulullah صلي الله عليه
وسلم dan beliau yang berkata: "Ketahuilah wahai Abu
Mas'ud, ketahuilah wahai Abu Mas'ud!". Maka akupun melempar cemeti dari
tanganku, kemudian beliau bersabda: "Ketahuilah wahai Abu Mas'ud! Sesungguhnya
Allah lebih mampu untuk (menyiksa) kamu daripada kamu terhadap budak ini". Maka
aku pun berkata: "Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini"
?
- Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan denpn sifat
lemah lembut yang merupakan sebab datangnya kebaikan, sebagaimana sabda
Rasulullah صلي الله عليه وسلم:
مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
"Barangsiapa yang terhalangi dari (sifat)
lemah lembut, maka (sungguh) dia akan terhalangi dari (mendapat)
kebaikan".
- Emosi yang Berlebihan
Ini juga dilarang karena bertentangan dengan
petunjuk Rasulullah صلي الله عليه وسلم:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
"Bukanlah orang yang kuat itu (diukur) dengan
(kekuatan) bergulat (berkelahi), akan tetapi orang yang kuat adalah yang mampu
menahan dirinya ketika marah"
Demikianlah bimbingan yang mulia dalam syariat Islam tentang
cara mengatasi penyimpangan akhlak pada anak, dan tentu saja taufik untuk
mencapai keberhasilan dalam amalan mulia ini ada di tangan Allah سبحانه و تعالي. Oleh karena itu, banyak
berdoa dan memohon kepada-Nya merupakan faktor penentu yang paling utama dalam
hal ini
Khamis, 17 Januari 2013
keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah S.A.W
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.
Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.
Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.
hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Langgan:
Catatan (Atom)