Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Sabtu, 13 Oktober 2012

Dalil-dalil Kaedah p&p Al-Quran



Talaqqi dan Musyafahah

# وَقُرْءَانًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيْلاً

سورة الإسراء : 106

Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang  dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”



# فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْءَانَهُ                                       

 سورة القيامة : 18

Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”



# عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ  e قَالَ ِلأُبَيّ : إِنَّ اللهَ أَمَرَنِيْ أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ   القرآن قَالَ أُبَي : آللهُ سَمَّانِيْ لَكَ قَالَ اللهُ سَمَّاكَ لِيْ فَجَعَلَ أُبَي يَبْكِي
رَوَاهُ البُخَارِي
Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu”  Ubay berkata : ِAdakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.


#قال النَّبِيَّ  e  : خُذُوْا  القُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ : مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْد وَسَالِِمٍ وَمُعَاذِ وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ

   رَوَاهُ البُخَارِي     

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”



  Dalil Kaedah Tasmi’


# عن عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْد رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِيْ النَّبِيُّ e : اِقْرَأْ عَلَيَّ القُرْآنَ قُلْتُ : آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ؟ قَالَ : إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي  فافتتحتُ سُوْرَةَ النِّسَاءِ فَلَمَّا بَلَغَتْ : " فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيْدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيْدًا " قَالَ : حَسْبُكَ فَالتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَان     رَوَاهُ البُخَارِي
Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku”  Aku berkata : Adakah aku perlu membaca kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : “Sesungguhnya  aku suka mendengar bacaan daripada orang lain” Maka aku membuka surah Al Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : " فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيْدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيْدًا " Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata dari kedua-dua matanya

# عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : كَانَ يَعْرِضُ عَلَى النَّبِيِّ  e القُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً   فَعَرَضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ  فِيْ العَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيْهِ وَكَانَ يَعْتَكِفُ كُلَّ عَامٍ عَشْرًا فَاعْتَكَفَ عِشْرِيْنَ فِيْ العَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيْه
رَوَاهُ البُخَارِي
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat  beliau dibentangi Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.


Dalil Kaedah Takrir



# عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أَنَّهَا قَالَتْ أَوَّلُ مَا بُدِىءَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ  e  مِنَ الوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِيْ النَّوْمِ فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيًا إِلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ وَكَانَ يَخْلُوْ بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيْهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيْ ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيْجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا حَتَّى جَاءَهِ الحَقُّ وَهُوَ فِيْ غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ اِقْرَأْ قَالَ  مَا أَنَا بِقَارِئٍ  قَالَ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ قُلْتُ  مَا أَنَا بِقَارِئٍ  فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ فَقُلْتُ  مَا أَنَا بِقَارِئٍ  فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ... إلى آخر الحديث                          

رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata :

اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ






Dalil Tadarrus

# عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ  e أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ   فَيُدَارِسُهُ  القُرْآنَ فَلَرَسُوْلُ اللهِ  e أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ

رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”

Isnin, 6 Ogos 2012

Nuzul Al-Quran

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

 
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (
نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
 
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.


CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

 
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
 
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”



PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

 
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.


Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

 
Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,


بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
 
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.


 
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
 
Allah SWT berfirman,



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,
 
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
 
Firman Allah SWT,
 
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
 
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘
الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
 
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”


3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

 
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
 
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
 

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.

 

Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.
 
Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”
 
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
 
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
 
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
 
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah.
 
Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.
 
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.Wallahua'lam

Sejarah Al-Quran


Apakah itu al-Quran.
·                     "Quran" menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr. Subhi Al Salih bererti "bacaan", asal kata qara’a. Kata Al Qur’an itu berbentuk masdar dengan arti isim maf’ul yaitu maqru’ (dibaca).
·                     Di dalam Al Qur’an sendiri ada pemakaian kata "Qur’an" dalam arti demikian sebagal tersebut dalam ayat 17, 18 surah (75) Al Qiyaamah:
Artinya:
·                     ‘Sesungguhnya mengumpulkan Al Qur’an (didalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggunggan kami. kerana itu jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya".
Kemudian dipakai kata "Qur’an" itu untuk Al Quran yang dikenal sekarang ini.
Adapun definisi Al Qur’an ialah: "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah"
Dengan definisi ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi Muhammad s.a.w. tidak dinamakan Al Qur’an seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. atau Injil yang diturun kepada Nabi Isa a.s. Dengan demikian pula Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah, seperti Hadis Qudsi, tidak pula dinamakan Al Qur’an.

Bagaimanakah al-Quran itu diwahyukan.
·                     Nabi Muhammad s.a.w. dalam hal menerima wahyu mengalami bermacam-macam cara dan keadaan. di antaranya:
1, Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apapun, hanya beliau merasa bahwa itu sudah berada saja dalam kalbunya. Mengenai hal ini Nabi mengatakan: "Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbuku", (lihat surah (42) Asy Syuura ayat (51).
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang laki-laki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.
3. Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi. Kadang-kadang pada keningnya berpancaran keringat, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk karena merasa amat berat, bila wahyu itu turun ketika beliau sedang mengendarai unta. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: "Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
·                     4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang laki-laki seperti keadaan no. 2, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli. Hal ini tersebut dalam Al Qur’an surah (53) An Najm ayat 13 dan 14.
Artinya:
·                     Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika ia berada di Sidratulmuntaha.


Hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur


 Al Qur’an diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah. Hikmah Al Qur’an diturunkan secara beransur-ansur itu ialah:
1. Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan, dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat ‘Aisyah r.a.
2. Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Qur’an diturunkan sekaligus. (ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh).
3. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih berpengaruh di hati.
4. Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menayakan mengapa Al Qur’an tidak diturunkan sekaligus. sebagaimana tersebut dalam Al Qur’an ayat (25) Al Furqaan ayat 32, yaitu:
·                     mengapakah Al Qur’an tidak diturunkan kepadanya sekaligus
·                     Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
·                     demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu
5. Di antara ayat-ayat ada yang merupakan jawaban daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh lbnu ‘Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Qur’an diturunkan sekaligus.

Ayat Makkiyah dan ayat Madaniyah
·                     Ditinjau dari segi masa turunnya, maka Al Qur’an itu dibahagi atas dua golongan:
  1. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.·
2. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.
Ayat-ayat Makkiyyah meliputi 19/30 dari isi Al Qur’an terdiri atas 86 surah, sedang ayat-ayat Madaniyyah meliputi 11/30 dari isi Al Qur’an terdiri atas 28 surah.
Perbezaan ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyyah ialah:
1. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya pendek-pendek sedang ayat-ayat Madaniyyah panjang-panjang; surat Madaniyyah yang merupakan 11/30 dari isi Al Qur’an ayat-ayatnya berjumlah 1,456, sedang ayat Makkiyyah yang merupakan 19/30 dari isi Al Qur’an jumlah ayat-ayatnya 4,780 ayat.
Juz 28 seluruhnya Madaniyyah kecuali ayat (60) Mumtahinah, ayat-ayatnya berjumlah 137; sedang juz 29 ialah Makkiyyah kecuali ayat (76) Addahr, ayat-ayatnya berjumlah 431. Surat Al Anfaal dan surat Asy Syu’araa masing-masing merupakan setengah juz tetapi yang pertama Madaniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedang yang kedua Makiyyah dengan ayatnya yang berjumlah 227.
2. Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan sedikit sekali terdapat perkataan ‘Yaa ayyuhannaas’, sedang dalam ayat ayat Makiyyah adalah sebaliknya.
3. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandung hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat yang terdahulu yang mengandung pengajaran dan budi pekerti; sedang Madaniyyah mengandung hukum-hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketata negaraan, hukum perang, hukum internasional, hukum antara agama dan lain-lain.

Nama-nama al-Quran
  Allah memberi nama Kitab-Nya dengan Al Qur’an yang berarti "bacaan".·
·                     Arti ini dapat kita lihat dalam surat (75) Al Qiyaamah; ayat 17 dan 18 sebagaimana tersebut di atas.
  Nama ini dikuatkan oleh ayat-ayat yang terdapat dalam surat (17) Al lsraa’ ayat 88; surat (2) Al Baqarah ayat 85; surat (15) Al Hijr ayat 87; surat (20) Thaaha ayat 2; surat (27) An Naml ayat 6; surat (46) Ahqaaf ayat 29; surat (56) Al Waaqi’ah ayat 77; surat (59) Al Hasyr ayat 21 dan surat (76) Addahr ayat 23.·
Menurut pengertian ayat-ayat di atas Al Qur’an itu dipakai sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
·                     Selain Al Qur’an, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi Kitab-Nya, sepcrti:
  1. Al Kitab atau Kitaabullah: merupakan synonim dari perkataan Al Qur’an, sebagaimana tersebut dalam surat (2) Al Baqarah ayat 2 yang artinya; "Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya…." Lihat pula surat (6) Al An’aam ayat 114.·
·                     2. Al Furqaan: "Al Furqaan" artinya: "Pembeda", ialah "yang membedakan yang benar dan yang batil", sebagai tersebut dalam surat (25) Al Furqaan ayat 1 yang artinya: "Maha Agung (Allah) yang telah menurunkan Al Furqaan, kepada hamba-Nya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam"
  3. Adz-Dzikir. Artinya: "Peringatan". sebagaimana yang tersebut dalam surat (15) Al Hijr ayat 9 yang artinya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan "Adz-Dzikir dan sesungguhnya Kamilah penjaga-nya" (Lihat pula surat (16) An Nahl ayat 44. Dari nama yang tiga tersebut di atas, yang paling masyhur dan merupakan nama khas ialah "Al Qur’an". Selain dari nama-nama yang tiga itu dan lagi beberapa nama bagi Al Qur’an. lmam As Suyuthy dalam kitabnya Al Itqan, menyebutkan nama-nama Al Qur’an, diantaranya: Al Mubiin, Al Kariim, Al Kalam, An Nuur.·






Ahad, 5 Ogos 2012

Hikmah Allah merahsiakn Lailatul Qadar

        LaIlatul Qadar itu dirahsiakan oleh Allah dan tidak seorang pun mengetahui saat turunnya.Walaupun pada dasarnya Allah hendak mengkhabarkan kepada nabinya tetapi wajyu tersebut di angkat semula daripada nabi saw baginda keluar untuk memberitahu para sahabat tentang lailatyl qadar.di pertengahan jalan .baginda terserempak dengan dua orang sahabat yang berkelahi.nabi saw bersabda
"maksudnya: aku keluar bagi memberitahu tarikh lailatul qadar maka dua orang telah berkelahi lalu diangkat wahyu itu"-riwayat bukhari.

      Terdapat lebih 40 pendapat masalah in.setiap pendapat ada dalilnya yang sendiri,walaubagaimanapun ada saranana dari rasulullah  dengan sabdanya



     Al-Imam Ar-Razi mengatakan sebab-sebab Allah merahsiakan malam tersebut.Diantarnya ialah:

*Allah merahsiakan Lailatul Qadar sebagaimana dia merahsiakans sesuatu.Sesungguhnya Allah menyembunyikan redanya pada ketaatan yang di lakukan oelh hambanya supaya hambanya bersungguh-sungguh melakukan kebaikan.

*Allah juga merahsiakan murkanya terhadap kemaksiatan hambanya supaya hamba itu memelihara atau mebentangi dirinya dari segala perbuatan yang tidak baik.

*Allah merahsiakan para walinya yang ada di tengah-tengah masyarakat supaya mereka memuliakan semua orang.

*Allah merahsiakan tentang makbulnya dia orang supaya orang meminta dengan khusyuk dan mengharap setiap kali dia berdoa.

*Allah merahsiakan solat Al-Wusta supaya semua orang memeilihara semua solatnya.

*Allah merahiskan penerimaan taubat hambanya sepaya hamba itu benar-benar tekun dan bersungguh-sungguh dalam setiap jenis taubatnya.

*Allah merahsiakn kematian untuk menakut-nakutkan hambanya supaya dia tidak pernah lupa akan menghadapi kematian itu.

     Demikianlah Allah merahsiakan Lailatul Qadar supaya hambanya mengangungkabn semua malam ramadhan dan bersungguh-sungguh beribadat sepanjang ramadhan,khususnya pada waktu malam.

     Sesungguhnya setiap hamba itu,apabila dia belum meyakini malam lailatyl qadar maka dia bersungguh-sungguh melakukan ketaatan beribadat pada setiap malam ramadhan di dorong oleh harapn semoga dia mendapat lailatul qadar itu,kemudian Allah akan mebanggakana hambanya itu terhadap para malaikatnya dengan berfirman:

"kamu wahai para malaikat mengatakan bahwa mereka manusa akan membuat keroskan di muka bumi dan menumpahkan darah.Maka ini adalah bukti kerajinan dan kesungguhan pada malam yang di sangka2 akan terjadinya lailatul qadar.maka betapa pula sekiranya aku beritahukan itu kepada mereka?

ketika itu tersingkaplah firman rahsia Firman Allah swt: "ertinya sesungguhnya aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kamu para malaikat ketahui" (al-baqarah:30)

Keistimewaan bagi umat Muhammad

       Imam Malik menyebutkan dalam kitab Al-Muwatta' :"pada suatu hari Rasulullah merenungkan umur manusia umat dahulu dan kemudianya membandingkanya dengan umatnya yang umurnya singkat.Rasullullah menyedari bahwa umatnya tidak mempunyai peluang untuk menimba amal yang banyak kerana umurnya yang pendek itu.Kemudian Allah swt mengurniakan kepada Nabi Muhammad dan umatnya Lailatul Qadar,suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan

kisah seribu bulan


      Seiringan dengan itu juga Ata' meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad pernah menyebutkan kepadanya tentang seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang berperang di jalan Allah selama seribu bulan. Rasulullah kagum kepada laki tersebut kemudian menginginkan perkara yang sama  berlaku kepada umatnya.Kemudian Allah swt mengurniakan Lailatul Qadar kepada Muhammad dan umatnya.

kemudian Rasulullah bersabda:ertinya :malam itu lailatul qadar ebih baik dari seribu bulan yang digunakan oleh bani israil untuk menyandang senjata berjuang di jalana Allah.

Sebab dinamakan Lailatul Qadar

Para ulama berbeza pendapat mengapa malam itu dinamakan lailatul qadar.Untuk lebih jelasnya mari semak pendapat2 tersebut;

Pertama

Malam tersebut dinamakan dengan lailatulqadar kerana pada malam itu Allah swt menentukan rezeki dan ajal hamba-nya serta menetapkan segala kejadian alama,yang pelaksanaanya diserahkan kepada malaikat.

Firman Allah:ertinya :pada malam berkat itu,di jelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku tidak berubah atau bertukar (dukhan:4)

Di riwayatkan dari ibu abbas ,qatadah dan yang lainya,serta dikuatakan oleh imam nawawi dari kalangan ulama,bahawa peristiwa itu hanya diserahkan urusnya pada malaikat pada malama tersebut,sedangkan segala letentuan mengenainya sudah diteteapan dahulu oleh Allah swt

kedua

Sesungguhnya nama ini adalah merupakan suatu kebesaran,kemuliaan dan kedudukan qadar sebagaimana seseorang berkata bahawa si polan itu berkuasa,inilah pengertian yang di petik berdasarkan riwayat Az-Zuhri

ketiga

malam itu dinamakan lailatul qadar kerana siapa yang berusaha untuk menghidupkanya akana mendapat kedudukan yang besar,bahkan kemuliaanya akana bertambah di sisi Allah.

keempat

Ini kerana orang yang beramal pada malam itu akan mendapat kemuliaan yang besar.Bahkan Allah swt telah memberikan malam tersebut sebagai keistimewaan bagi umat muhammad saw.

sewaktu menghuraikan hadis yang mengatakan bahwa malam tersebut adalah khusus bagi umah muhammad Al-Allamaha Al-Baji mengatakan sebagai maksud

"hadis tersebut mengandungi maksud bahawa rasulullah melihat umur seluruh umat dahulu lebih panjang.bagainda khuawatir amala yang di lakukan oleh umatnya tidak dapat menyamai amala ibadat mereka,kerana umur umatnya sangat pendek.oleh yang demikian Allah swt mengurniakan malam lailatul qadar kepada umat nabi muhammad ,yang sudah ditentukan khusus untuk mereka"

Kemudian Ibnu Al-Jauzi pula mengatakan dalam kitab Zad Al-Muyassar,jilid 9,halaman 182,sebagai berikut:

       Dalam hal menamakan malama tersebut dengan malam lailatul qadar terdapat 5 pendapat

1-Al-Qadar beerti keagungan,di tamsilakan kepada ucapan engkau kepada seseorang dengan ucapan"si polan itu memiliki qadar" sebagai mana pendapat yang dikemukakan az-zuhri

2-Kalimat itu bermakna sempit,maksudnya bumi pada malam itu menjadi sempit kerana para malaikat turun.Inilah pendapat Al-Khalil bin Ahmad.beliau menyandarkan pendapatnya kepada firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 7 yg bermaksud "Dan orang-orang yang disempitkan rezekinya"

3-Ibnu Qutaibah pula berpendapat bahawa qadar itu beerti hukum atau ketentuan yg segala sesutunya ditentukan pada malama itu.

4-Abu Bakar Al-Warraq mengatakan bahawa Al-Qadar itu beerti kedudukan.Ini kerana sesiapa yang tidak mmpunyai kedudukan maka jadilah ia sebagai penjaga orang yang memiliki kedudukan.

5-Kerana pada malam itu diturukn Al-Quran yang mempunyai kedudukan dan kemuliaan.

Rabu, 25 Julai 2012

Perbuatan Makruh Dilakukan Ketika Berpuasa

Assalamulaikum buat saudara dan saudari perbuatan berikut adalah sangat elok ditinggalkan ketika berpuasa:

1.Keterlaluan ketika berkumur semasa wuduk

Nabi sangat suke berkumur ketika berwuduk .walaubagaimanapun perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi berpuasa.Pelu di ingatkan  walaupun tidak membatalkan puasa tetapi makruh hukumnya sekiranya di lakukan setelah gelincir matahari atau masuk waktu zuhur.

2.Bersugi selepas waktu zuhur.

ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ertinya:sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat(riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini tiada  dalil khusus bahawa bersugi selepas zuhur adalah makruh.cumenya bau mulut berubah pada waktu zuhur.oleh kerana bau mulut orang berpuasa lebih wnagi dari bau kasturi disisi Allah,maka wajarlah di kekalkan bau itu.

3.Berbekam

berbekam ialah proses mengeluarkan darah daripada badan atau kepala dengan kaedah tertentu

Nabi sendiri berbekam ketika puasa ibnu abbas berkata:dan nabi s.a.w berbekam sedangkan baginda berpuasa.(riwayat bukhari)

Walaubagaimanapun adalah lebih baik di tangguhkan hingga malam hari.kerana ada riwayat hadis menyebut bahawa nabi s.a.w bersabda:maksudnya berbuka(batal puasa) tukang bekam dan orang berbekam(riwayat bukhari)

Maka berkata ulamak dimakruhkan kerana melemahkan badan orang yang berpuasa di samping itu terdapat hdis menjelaskan berbekam membatalkan puasa

4.Merasai makanan tanpa hajat

kalau suri rumah yang memasak atau tukang masak dan sebagainya harap2 di maafkan.tapi janganlah dihirup satu sudu dengan alasan merasa makanan tersebut.cukuplah di rasa sedikit di hujung lidah

5.Mencium dan memeluk pasangan

pasangan ini ada mkna banyak ada suami isteri ada kekasih yang kekasih kompom haram bukan makruh lagi

mengenai beristimta' di makruhkan pada pasangan yang tidak dapat mengwal nafsu shawatnye.tunggu malamla ehehe

6.Cakap bnyak tanpa hajat

7.Tidur banyak

8.mengumpul air  liur dengan banyak kemudian menelanya.

air liur tidak membatalkan puasa walaupun banyak mana sekalipun kerana ia bukan luar badan..seharusnya di telan terus tidak di kumpulkan atau bermain2 maka begitu hukumnya makruh

Persoalan Puasa oleh Dr Yusoff Qardhawi




1. ADAKAH boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?


Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.
Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis:
·                     “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”
Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.
Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
·                     “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.”
Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
Adapun hadis:
·                     “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.”
Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.

2. Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?
Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:
·                     1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddahseorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.
·                     2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.
·                     3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.
3. Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?


Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.


Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.


4. Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?


Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata:

·                     “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.


5. Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?


Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah(keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah(sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannyamasyaqqah (keberatan dan beban).


Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?


Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah (keringanan) bagi dirinya.
·                     (i) Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.
·                     (ii) Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebih afdhalbaginya.
6. Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.


Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.
Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi:
·                     “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”
7. Bilakah malam Lailatul Qadr?


Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.


Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.
Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.


8. Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?
Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata:
·                     “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”
Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.
9. Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?


Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.
Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:
·                     (i) Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai
·                     (ii) Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur
Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.