Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Selasa, 28 Februari 2012

Pentingnye keikhlasan dalam beramal...

Terjemahan:Berkata Abdullah bin Umar r.a :aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda:Telah bepergian 3 orang lelaki di kalangan orang sebelum kamu,sehingga membuatkan mereka bermalam di dalam sebuah gua.

                   Apabila mereka memasuki gua tersebut,tiba-tiba seketul batu bersar bergolek jatuh dari atas bukit sehingga menutup muka gua tersebut.maka mereka berkata:sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang dapat menyelamatkan kamu daripada batu besar ini melainkan kamu berdoa kepada Allah dengan bertawassul amalam-amalam soleh kamu.

                  Berkata yang pertama:Ya Allah,dulu aku menjaga ayah dan ibuku yang telah lanjut usianya.setiap hari aku tidak akan            memberi minum malam isteriku,anak-anaku,kawan-kawanku dan khadamku sebelum aku memberi minum keduanya dulu.

                   Maka pada suatu hari aku berjalan jauh kerana mencari pokok untuk binatang ternakan peliharaan aku,aku lambat balik sehinggalah kedua ibu bapaku tidur,maka aku perahkan susu untuk minuman malam mereka,lalu aku dapati mereka berdua sedang tidur,aku tidak suka mengganggu mereka  dengan mengejutkan mereka dr tidur dan aku tidak suke memberi minum kelauargaku dan kawan-kawanku sebelum aku memberi minum keduanya,maka aku tunggu keduanya bangun dalam keadaan susu masih di tanganku sehingga fajar menyinsing dan dalam masa yang sama anak perempuan kecilku menangis kelaparan disisiku,maka bangunlah kedua ibu bapaku lalu mereka minum susu tersebut

                Ya Allah,sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata ikhlas keranamu,maka bukakanlah pintu gua ini daripada batu besar ini.maka terbukalah sedikit tetapi mereka tidak boleh keluar darinya.

              
                 Berkata yang kedua:Ya Allah aku mempunyai sepupu perempuan yang sangat aku cintai,suatu hari aku mengajaknya berzina tetapi dia menolak keinginanku sehinggalah datangnya musim kemarau dan tumbuh-tumbuhan tidak menjadi,maka dia mendatangiku ketika dalam kesusuhan.

                 Lalu aku memberikanya padanya seratus dua puluh dinar dengan sayarat dia menyerahkan maruahnya kepadaku,maka dia setuju melakukanya sehinggalah aku betul-betul mendapat peluang untuk melakukan zina bersamanya.lalu di saat itu dia berkata:takutlah kepada Allah,janagabn engkau pecahkan cincin melainkan dengan haknya(jgn engkau nodai daraku melainkan dengan cara yang halal),lalau aku menjauhkan diri daripada melakukan zina dan terus meninggalkanya dan selepas peristiwa itu dia mrupakan manusia yang paling aku kasihi dan aku membiarkan mas yang aku berikan padanya.

                Ya Allah,sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata ikhlas keranamu,maka bukakanlah pintu gua ini daripada batu besar ini,maka terbukalah sedikit lagi tetapi mereka tidak boleh keluar daripadanya,

                Berkata yang ketiga:Ya Allah,sesungguhnya aku telah menggaji beberapa pekerja dan aku telah membayar upah mereka melainkan seorang pekerja yang telah pergi dan meninggalkan haknya.maka aku jadikan gajinya sebagai modal untuk berniaga sehingga terkumpul harta yang banyak,selepas bebrapa tahun tiba-tiba dia datang berjumpa denganku dan berkata:Wahai tuan,tunaikanlah upahku yang dulu,aku berkata kepadanya:semua yang kamu lihat daripada unta,lembu,kambing dan hamba sahaya adalah hasil dari gajimu.lalu dia berkata:Wahai tuan jangan bergurau dengan saya,lalu aku berkata:aku tidak bergurau denganmu,maka pekerja itupun mengambil hartanya semuanya lalu membawanya tidak meninggalkanya sedikitpun.

              Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata ikhlas keranmu,maka jauhkanlah kami daripada musibah yang sedang melanda kami,maka terbukalah pintu gua dari batu besar itu,lalu merekapun keluar dan terus meninggalkan gua.


                                                                                                  (MUTTAFAQUN 'ALAIH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan