Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Datang 2011

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke ats junjungan besar kekasih Allah rasul terakhir Muhammad s.a.w serta keluarganya dan sahabat-sahabat ridiyallahu'anhum ajma'in, Dengan izin Allah maka hanya perlu beberapa jam sahaja lagi maka berakhirlah tahun 2010 yang meninggalkan banyak kenangan ke atas diriku yang baik juga yang buruk,aku mengharapkan perubahan tahun ini bermula dengan penuh kesyukuran dan penuh kebaikan dan jauh dari segala kemaksiatan,,sesungguhnya pada Awal Muharram yang lepas kita semua telah memulakan niat yang baru bagi menghadapi tahun baru hijriah dan sekarang perubahan tahun baru masihiah masih berada dalam bulan muharram yang mempunyai sejarah yang sangat besar dalam islam yang juga di kenali sebagau BULAN HARAM Diantara peristiwa besar di bulan haram ini: 1)Peperangan Khaibar 2)Hari A'syura berkaitan dengan hari asyura nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud"sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan,nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan(tasu'a) dan kesepuluh(asyura) riwayat imam muslim dan berbagai peristiwa lain yang berlaku pada hari syura tersebut..melambangkan kehebatan dan kekuasaan Allah subhanahuwata'la Dikesempatan akhir tahun 2010 ini mrilah kita bersama-sama menetapkan iltizam dan niat yang jelas untuk bersama memartabatkan islam unutk diri kita,keluarga,masyarakata dan negara.Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi dugaan dan cubaan darinya. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak berarti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2011. Semoga lebih sukse Semoga ambang menjelang 2011 tidak di penuhi dengan perlbagai kemaksiatan yang menghancurkan nilai-nilai murni serta modal insan sejagat..aminnnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan