Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Selasa, 28 Februari 2012

Hukum memakai pakaian sutera.....

Hukum memakai pakaian sutera ada 3 perbahasan dalam bab ini:

1)Sutera semata-mata
2)Sutera yang bercampur
3)Sutera untuk anak kecil


Pertama:Sutera semata-mata

       Jumhur ulamak mengharamkan pemakaian sutera bagi lelaki dan juga mengharamkan duduk di ats hamparan sutera,berdalilkan beberapa hadis nabi s.a.w di antarnya:

"daripada umar bin khattab r.a katanya:bersabda rasullullah s.a.w:Jangan pakai sutera kerana sesungguhnya barangsiapa yang memakainya di dunia maka tidak akan dapat memakaianya di akhirat nanti'

                                                                                             (riwayat Muslim)

 Dalil yang kedua:terjemahanya daripada husaipah r.a katanya;nabi s.a.w telah melarang kami dari minum dalam bekas mas,perak dan melarang kami dri makan di dalamnya dan nabi melarang kami dri  memakai sutera dan kain sutera dan melarang kami duduk di atasnya

                                                                                             (riwayat Bukhari)

       walaubagaimanapun imam abu hanifah dan segelintir ulama malikiah dan sebahagian ulama safieyyah mengharuskan hamparan sutera dan duduk di atasnya,kerana mereka mengatakan larangan hanya terbatas pada memakainya sahaja.

       Di haruskan pemakaian sutera bagi lelaki yang ada keuzuran berdasrkan hadis nabi s.a.w:

terjemahanya:daripada anas bin malik r.a katanya ;nabi s.a.w telah mengiiznkan pemakaian sutera kepada zubir dan abd rahman di sebabkan kudis/kurap yang menimpa mereka'

                                                                                              (riwayat Muslim)

       Tetapi mestilah dengan tujuan perubatan bukan tujuan bermewah-mewahan...



Kedua:Sutera yang bercampur.

         Dalam mazhab syafiey:Sekiranya pakaian itu suteranya lebih banyak maka haram sekiranya sama banyak maka harus

         Berkata:imam nawawi:sekiranya sutera itu lebih berat timbanganya maka Haram.


Ketiga:Sutera untuk anak kecil.

       Kebanyakan fuqaha' mengharamkanya kerana hadis tegahan adalah umum kepada semua lelaki samada belum baligh atau mukallaf.

       Adapun ulamak syafieyyah dlam bab ini mengharuskan pemakaian sutera kepada anak-anak kecil yg belum mukallaf

       Berkata;imam nawawi:Harus memakaikan perhiasan dan sutera kepada anak-anak kecil pada hari raya kerana mereka belum mukallaf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan