Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Rabu, 29 Februari 2012

Hari Akhirat hari yang di sifatkan Allah....

       Dengan berbagai-bagai sifat di antaranya:


  1. Hari-seseorang tidak dapat melepaskan seseorang yang lain  {Al-Baqarah :48}
  2. Hari-tidak di terima syafaat melainkan dengan izinya........{Al-Baqarah:48}
  3. Hari-tidak boleh di tebus dengan apa-apa tebusan.....{Al-Baqarah:48}
  4. Hari-tiada sebarang pertolongan.....{Al-Baqarah:48}
  5. Hari-dikembalikan kepada pemilik sebenar dan di sempurnakan semua balasan....{Al-Baqarah:48}
  6. Hari-yang sangat panjang masanya,iaitu sehari di akhirat menyamai seribu tahun hitungan di dunia....{Al-Hajj:47}
  7. Hari-yang berbolak-balik hati dan pandangan....{An-Nuur:37}
  8. Hari-yang paling sukar bagi mereka yang kufur....{Al-Furqan:26}
  9. Hari-seorang ibu atau ayah tidak dapat menyelamatkanya anaknya dari azab dosanya dan begitulah sebaliknya.....{Luqman:33}
  10. Hari-kanak-kanak menjadi tua beruban kerana kedahsyatan azab....{muzammil:17}
  11. Hari-yng azabnya merebak sana-sini....{Al-Insan:7}
  12. Hari-muka masam dan berkerut.....{Al-Insan:10}
  13. Hari-penderitaan yang amat berat.....{Al-Muzammil:5}
  14. Hari-yang tidak ada jual beli padanya.....{Al-Baqarah:254}
  15. Hari-muka jadi putih berseri atau hitam legam.....{Ali-Imraan:106}
  16. Hari-yang tidak ada syak padanya....{An-Nisa:87}
  17. Hari-yang amat mencemaskan.....{Hud:77}
  18. Hari-seorang tidak dapat berkata-kata membela diri melainkan dengan izinya....{Hud:105}
  19. Hari-penyesalan....{Maryam:39}
  20. Hari-seorang ibu lupakan anak yang disusuinya....{Al-Hajj:2}
  21. Hari-seorng ibu yg mengandung akan gugurkan kandunganya.....{Al-Hajj:2}
  22. Hari-manusia menjadi mabuk.....(Al-Hajj:2}
  23. Hari-pancaindera menjadi saksi.....{An-Nuur:24}
  24. Hari-harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan....{Asy-Syu'ara':}
  25. Hari-orang zalim tdk dapat melepaskan diri.....{Ghafir:52}

                                                                      " WALLAHUA'LAM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan