Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Ahad, 20 Jun 2010

Bawalah pendapat ke arah kebenaran



Bismillahirrahmanirrahim......

Memberi pendapat adalah tidak salah,kerana Allah mengurniakan kita akal yang membuatkan kita berbeza dgn 'hayawan' yang lain ...

Tetapi memberi pendapat pada satu perlakuan yang jelas dan terang dalam hukum agama dan hukum adat yang saya sudah bahaskan pada post yang lalu mengenai JUDI BOLA satu pendapat yang perlu selari dengan prinsip islam,adat dan manusia.

Mungkinlah niat dari hati manusia itu terlalu murni dan baik sehingga mengatkan tujuan ia diberi tuk kebaikan org bukan agama islam memandang kehendak org bukan islam mgkin satu niat yang baik dr sudut hati beliau

Tetapi kenapakah?ia berbeza pulak dengan pendapat org yang bukan islam,yang mana melihat judi bola ini tidak memberi manfaat bahkan lebih memberi keburukan terutama masalahmoral .....pelik..pelik..tp itulah kehendak Allah..

Apapun wahai saudara ku pemimpin negaraku..biarla sebaik mana pun niat seikhlas mana pun sejujurmana pun sekiranya ia satu ketetepan hukum yang jelas haram..maka niat baik tidak dapat menghalalkan cara itulah prinsip islam:


Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara
الغاية تبرر الوسيلة
Ertinya : Matalamat Menghalalkan Cara

Kerana Islam memegang konsep matlamat tidak menghalalkan cara:
النية الحسنة لا تبرر الحرام
Ertinya : Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram.

(Rujuk al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 36):

Kasih Mak ke Syurga..kasih Abah berkorban Nyawa..



Bismillahirrahmanirrahim...


Allah s.w.t di
dalam firmanNya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga
akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun.Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu
bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14)

Nabi s.a.w antaranya apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas`ud r.a katanya:Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “ Amalan apakah yang paling utama?”
Jawab Nabi s.a.w: “ Solat pada waktunya” Aku bertanya lagi: “ Kemudian?”
Jawab Nabi s.a.w: “ Berbuat baik kepada kedua ibu bapa…” (HR Muslim
no:120)

inilah kewajipan kita..sebaik2 atau seburuk-buruk mereka tetap kedua ibu bapa kita..sempena hari bapa..saya mengucapkan terima kasih banyak kepada abah yang selama ini menjaga dan membela sehingga dewasa semoga Allah memberi abah kesihatan yang baik dan berbahgia selalu..terima kasih abah...

Sabtu, 19 Jun 2010

CARA MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK


Bismillahirrahmanirrahim...


Dikisahkan, bahawa ada seorang ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. Namun demikian, dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya.

Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''
Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''

Maka HATIM pun menjawab, "WUDUK ZAHIR sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara WUDUK BATIN ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah di lakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki sesama manusia." Seterusnya HATIM berkata lagi, "Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan Aku bayangkan ALLAH SWT dihadapanku, SYURGA disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, MALAIKAT MAUT dibelakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian SHIRATUL MUSTAQIM' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang kali terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama ini. Apabila ISAM BIN YUSUF mendengar, maka menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan HATIM AL-ASAM.

Selasa, 1 Jun 2010

Doakan kasi jahanam yahudi laknatullah.....


Bismillahhirrohmanirrohim,

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Amin ya rabbal alamin