Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Sabtu, 19 Jun 2010

CARA MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK


Bismillahirrahmanirrahim...


Dikisahkan, bahawa ada seorang ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. Namun demikian, dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya.

Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''
Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''

Maka HATIM pun menjawab, "WUDUK ZAHIR sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara WUDUK BATIN ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah di lakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki sesama manusia." Seterusnya HATIM berkata lagi, "Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan Aku bayangkan ALLAH SWT dihadapanku, SYURGA disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, MALAIKAT MAUT dibelakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian SHIRATUL MUSTAQIM' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang kali terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama ini. Apabila ISAM BIN YUSUF mendengar, maka menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan HATIM AL-ASAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan