Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Jumaat, 8 Februari 2013

Membesarkan Ilmu dan Ahlinya.....




                                                                                   

1.Mengagungkan Ilmu

              Ketahuilah bahawa penuntut ilmu itu tidak akan mendapat ilmu dan manfaat ilmu kecuali dia mesti membesarkan ilmu dan ahlinya dan membesarkan guru dan memuliakan nya..maka tidaklah akan mencapai ilmu yang hendak di capai melainkan  dengan memuliakan guru dan tidak akan dapat manfaat sesiapa yang tidak memuliakan gurunya.

2.Menghormati Guru

             Setengah dari membesarkan ilmu itu ialah mengagungkan gurunya.

Berkata Saidina 'Ali Karamallahu wajhah;mksudnye aku telah menjadi khadam kepada mereka yang mengajara aku walaupun 1 huruf,jika dia mahu menjual atau hendak memerdeka atau dia hendak menjadikan aku hamba semua baginya.

             Sabda Nabi Shallallahua 'alaihi wasallam:Ertinya :sesiapa yang mengajar ia seorang hamba 1 ayat dari Al-Quran Allah Ta'ala,maka dia telah menjadi penghulunya.

             Bersya'ir Amirul Mu'minin 'Ali Karamallahu wajhah ,katanya;
"yakin aku akan yang terlebih kuat hak kuat itu hak Tuan Gurunya,
            Dan terlebih wajib atas tiap2 muslim memeliharanya,
Sesungguhnya wajib bahawa di hadiah kepadanya akan pemberianya,
            bagi mengajarkan huruf yang satu itu akan seribu dirhamnya.

Maksudnya:Aku yakin dan aku tahu bahawasanya hak yang wajib bagi Tuan Guru itu lebih dari hak2 bagi yang lain,dan lebih wajib memelihara ke atas tiap2 orang islam.Demi Allah tetap dan wajiblah hadiah kepadanya seribu dirham bagi tiap 1 huruf yang di ajar dan ilmunya.



Kata syeikh Sadiduddin As-Syairaizy;sesiapa yang mahu anak nya menjadi alim buatlah perkara berikut:

a)meraikan alim ulamak feqah
b)memuliakan mereka
c)membesarkan mereka
d)memberi sedikit harta kepada mereka

sekiranya anaknya tidak 'alim maka cucu nya akan 'alim.

Antara cara memuliakan menghormati guru ialah:

1)tidak berjalan di hadapanya
2)tidak duduk di tempat duduk nya
3)tidak bercakap melainkan dengan izinnya
4)tidak banyak bercakap ketika ia bercakap
5)tidak jemu padanya
6)memelihara waktu dan tepat pada waktu
7)tidak ketuk2 pintu rumah tuan guru sehingga dia keluar sendiri untuk mengajar,.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan