Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Sabtu, 1 Mei 2010

Masalah Buruh dalam Islam



Islam sebagai sebuah ideologi/cara mendapat pemikiran yang lengkap mempunyai
penyelesaian tuntas bagi permasalahan buruh. Dalam
Islam, isu-isu yang berkaitan dengan masalah buruh
diperhatikan sebagai masalah hubungan ajir(buruh)
dengan musta’jir(majikan).Oleh kerana ia mencakup
berbagai aktiviti manusia, maka Islam mengatur hubungan
ini dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan aqad
ijaarah (kontrak kerja). Jika diperhatikan, Islam pada
hakikatnya mengatur kontrak kerja dan kerjasama antara
majikan dan pekerja ini supaya bersifat saling
menguntungkan. Islam mengatur secara jelas dan
terperinci hukum-hukum berkaitan ijarah al-ajir (kontrak
kerja). Di antara prinsip asasnya adalah:
i) Perkhidmatan atau produk yang dihasilkan
adalah halal,
ii) Ia memenuhi syarat sahnya aqad ijarah,
iaitu orang yang membuat transaksi mampu
membezakan yang baik dan buruk;
iii) Wajib mendapat keredhaan kedua-dua
pihak, tiada unsur paksaan.
iv) Ia mempunyai perincian yang jelas berkaitan
bentuk, jenis pekerjaan, masa bekerja, upah
dan tenaga yang dicurahkan ketika bekerja.
Ijaarah ertinya adalah ‘transaksi atas khidmat atau
manfaa t(yang dikeluarkan oleh pekerja) untuk
memperolehi imbalan berbentuk upah/gaji’. Yang
menjadi dasar hubungan antara majikan dan pekerja
sebenarnya adalah manfaat/khidmat yang dikeluarkan oleh
pekerja. Atas khidmat/usaha/manfaat inilah pekerja
mendapat upah. Berdasarkan perkara ini, upah/gaji
berbeza mengikut jenis manfaat/khidmat yang diberikan.
Bahkan untuk jenis manfaat/khidmat yang sama juga, upah
yang diperolehi boleh berbeza-beza kerana pengaruh latar
belakang pendidikan, pengalaman bekerja, keterampilan
dan lain-lain. Oleh itu, upah/gaji seorang pekerja itu
ditentukan oleh kedua belah pihak, iaitu pekerja dan
majikan mengikut kesepakatan. Negara yang menjalankan
hukum Islam dalam masalah buruh ini tidak campurtangan
dalam menentukan saiz upah/gaji atau mengkelaskan jenis
manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan. Namun, negara
tersebut wajib memastikan semua kontrak kerja dilakukan
berasaskan kepada prinsip asas aqad ijaarah di atas.
Jika berlaku perselisihan antara majikan dan pekerja, negara
boleh campurtangan bagi mencegah berlakunya kezaliman
di antara kedua-dua pihak. Kerajaan ini juga boleh
membentuk satu badan khas yang menangani urusan akad
kontrak kerja tersebut.
Dalam Islam, perkara-perkara seperti perkhidmatan
kesihatan, jaminan hari tua, wang gantirugi, penghargaan,
pampasan kemalangan semasa kerja, rekreasi, perumahan
dan sebagainya bukanlah tanggungjawab majikan.
Kewajiban majikan hanyalah membayar upah/gaji tepat
pada waktu yang telah dijanjikan dengan jumlah upah
yang sesuai dengan kesepakatan yang telah dibuat oleh
kedua-dua pihak. Begitu juga hak politik kaum buruh, ia
tidaklah termasuk dalam urusan perburuhan, tetapi
menjadi hak setiap individu rakyat. Justru itu, bukan hanya
golongan buruh sahaja yang berhak bersuara, bersyarikat,
berkumpul, mengeluarkan pendapat dan berpersatuan;
majikan juga berhak melakukan perkara yang sama.
Seluruh lapisan masyarakat sebenarnya berhak melakukan
kesemua aktiviti yang disebutkan tadi. Pengaturan sistem
Islam dalam urusan perburuhan berpihak kepada keduadua
belah pihak, pekerja mahupun majikan.
Kesemua perkara yang berkaitan kesejahteraan buruh, hak
pendidikan, perkhidmatan kesihatan, jaminan hari tua dan
lain-lain adalah merupakan kewajiban dan tanggungjawab
negara. Negara dalam pandangan Islam wajib
bertanggungjawab ke atas setiap individu rakyatnya,
bukan sahaja terhadap para pekerja. Negara wajib
melindungi dan memelihara kepentingan serta memenuhi
keperluan semua lapisan masyarakat, samada pekerja,
majikan, kaum lemah mahupun kuat, berada atau miskin,
lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang tua yang
tenat. Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam pernah
bersabda yang bermaksud:
“Imam (Khalifah/pemimpin) itu laksana pengembala,
dimana dia bertanggungjawab ke atas setiap
rakyatnya.” [H.R. Bukhari]
Di sinilah letaknya keadilan Islam; hukum-hukumnya tidak
hanya berpihak kepada golongan lemah dan miskin atauhanya kaum buruh, tetapi juga terhadap golongan majikan,
yang kaya dan yang mampu. Semua lapisan masyarakat
memperolehi jaminan keamanan, kesejahteraan dan
keadilan. Kesemuanya diperlakukan dan dilayan sama di
hadapan hukum Allah. Implikasi yang akan diperhatikan
sekiranya sistem Islam dilaksanakan terhadap dunia
perburuhan sudah pasti akan jelas berbeza dari keadaan
yang kita lihat sekarang. Para buruh dan majikan keduaduanya
mempunyai posisi tawar menawar yang sama
dalam membuat transaksi kontrak kerja. Amalan
diskriminasi Kapitalisme dalam masyarakat, terutamanya
kepada pihak yang lemah akan terhapus. Tiada lagi sikap
‘lepas tangan’ pemerintah yang biasa diperhatikan di
negara-negara kapitalis dalam menjamin keperluan
rakyatnya. Tiada lagi isu ’terpaksa rela’ dalam bekerja
akibat tekanan kehidupan yang amat sangat. Tiada lagi
kezaliman ke atas golongan pekerja...Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan