Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Rabu, 29 September 2010

Fadhilat-fadhilat Al-Quran



Di antara kelebihan dan keistimewaan Al-Quran:

1.AHLI AL-QURAN ADALAH AHLI ALLAH

عن انس قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:ان لله اهلين من الناس فقيل من اهل الله منهم قال:اهل القران هم اهل الله و خاصته"

Daripada Anas bin Malik katanya:bersabda nabi s.a.w sesungguhnya ada di kalangan manusia itu yang menjadi ahli Allah,maka di tanya nabi,siapakah yang menajdi ahli Allah di kalanghan mereka?Nabi menjawab:ahli al-quran,nereka itulah ahli Allah(riwayat Ahmad)

2.DIHIMPUNKAN BERSAMA MALAIKAT ALLAH

عن عائشة قالت:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:الماهر بالقران مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ و يتتعتع فيه وهو عليه شاق له اجران"

"daripada aa-isyah r.a katanya:bersabda nabi s.a.w:orang yang mahirdengan al-quran akan bersama malaikat di akhirat nanti,dan orang yang membaca al-quran dalam keadaan tergagap-gagap dan dalam keadaan payah,maka baginya dua ganjaran pahala(riwayat bukhari dan muslim)


3.GANJARAN DAR SETIAP HURUF AL-QURAN

عن عبد الله بن مسعود يقول:قال رسول الله صلى عليه وسلم : من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر امثالها لا أقول الم حرف ولكن الف حرف و لام حرف و ميم حرف

daripada abdullah bin mas'ud r.a katanya:bersabda nabi s.a.w :sesiapa membaca satu huruf dari kitab allah(al-quran) maka baginya satu kebaikan,dan satu kebaikan itu di gandakan sepuluh seumpamanya,aku tidak kata alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu hruf,lam satu hrurf,mim satu huruf (riwayat tirmizi)

kesimpulanya sebaik-baik kalam ialah kalam Allah,justeru itu sebaik-baik manusia selepas nabi-nabi ialah orang yang mempelajari al-quran dan menagamalkanya serta mengajarkanya pula kepada orang lain..wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan