Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Selasa, 13 Julai 2010

Kaedah Pengajaran Al-Quran......sambungan


Pendekatan pengajaran Al-Quran di sekolah:

Semua guru yang di latih oleh kementerian sudah di dedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran al-quran dan pendidikan islam untuk di ajar di sekolah-sekolah antaranya:

(1)Pendekatan Mengenal:

proses ini menekankan kepada pengenalan huru2,baris,tanda baca serta hukum hakam,murid di kehendaki mengenal huruf hijaiyah dengan teknik menulis dan menyebut berulang-ulang,setelah murid menguasi murid di dedahkan kepada huruf dalam kalimah bersambung,alat bbm yang boleh di gunakan seperti lcd,kad kalimah,lembaran kerja.


(2)Pendekatan mengeja dan membunyi:

Proses pendekatan ini murid di perkenalkan secara khusus baris baris dalam al-quran atau kalimah,seperti baris atas,bawah,depan,murid di perkenalkan kepada huruf yang 3 kalimah sekurang2 nya yang tidak ada tanda sukun atau tanwin.

(3)Pendekatan Membaca kalimah dan ayat mudah:

Proses ini di lakukan setelah murid mengenal huruf dan baris untuk membaca kalimah atau ayat alquran yang mudah.contohnya kalimah yang ada 3 huruf dan tidak ada tanda tanwin dan sukun,proses ini di mulakan ketika murid tahun 2.

(4)Pendekatan Menghafaz:

Setelah murid dapat membaca dengan lancar maka murid di dedahkan kepada kaedah hafazan,kaedah ini boleh di gunakan kepada murid yang belum dapat membaca kerana dengan menghafal mereka dapat tahu,walau tidak boleh membaca.dalam sukatan sudah ada surah yang wajib hafal.

(5)Pendekatan menulis:

aktiviti membaca dan menulis dengan meletakkn tanda baca atau menulis bentuk huruf,merupakan gabung jalin kepada dua kemahiran yang baik,ini dapat meransang minda dan gerak geri murid,agar murid tidak jemu membaca sahaja,murid yang menulis ayat-ayat yang di hafal dapat mempercepatkan proses menghafal.

(6)Pendekatan Membaca mengikut hukum tajwid:

apabila sudah smpi tahap 2 tahun4,5,6 murid di dedahkan dengan hukumm hakam tajwid pulak,tetapi pendedahan istilah tidak di galakkan buat masa ini,lebih menumpukan kepada panjang pekdek dan tempat dengung,tetapi kepada murid yang bsudah menguasi di dedahkan kepada istilah istilah.

(7)Pendekatan Memahami:

Proses pengejaran bagi memahamkan murid dengan isi al-quran adalah patut kerana Al-Quran bukan sahaja unutk di baca dan di lagukan.pendedahan ini di mulakan dari tahap 2 tahun 4,5 dan tahun 6 di dedahkan secara tafsir surah tertentu.

Semoga kita berusaha dan memberi segala komitmen yang terbaik bagi mendidik anak bangsa kita dalam memahami dn mendlaami al-quran...semoga kita semua di beri taufiq dan hidayah,,aminnnnnn

Khamis, 8 Julai 2010

Isra' Mikraj


Peristiwa israk mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi SAW Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi SAW semata-mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh Umat Islam.

Sebagaimana diakui dalam banyak tulisan bahawa: “…Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa israk dan mikraj. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama…”(Seyyed Hossein Nasr, 1994, hlm.16)
Realiti kisah Israk mi’raj ini berlaku pada tahun 621M (Hayat Muhammad,1986, hlm.151). Dalam satu tulisan lain pula menyebut peristiwa ini berlaku pada hari ke 27 dari bulan Rejab. Dalam tulisan Syed Hussein Nasr pula menerangkan bahawa peristiwa ini berlaku pada salah satu malam ganjil dari sepuluh malam penghabisan dalam bulan Ramadhan. (1994, hlm.16)
Kepada Nabi SAW peristiwa ini adalah suatu anugerah tertinggi Allah kepada Baginda sebagai Nabi kekasih Allah, di mana berlakunya pertemuan yang begitu shahdu dan qudus di antara baginda dengan Tuhannya.

Kepada Umat Islam keseluruhannya pula ianya telah mencetuskan banyak pemahaman dan perbincangan. Dalam banyak tulisan, kebanyakannya mempunyai persepsi-persepsi sebagaimana berikut:

1. Kalangan orang Islam ada yang menolak peristiwa ini kerana dianggap bertentangan dengan akal.
2. Kalangan orang Islam juga ada yang berhujah masing-masingnya tentang berlakunya peristiwa ini sama ada secara roh sahaja atau secara roh dan jasad.
3. Kalangan orang Islam pula ramai melihat peristiwa ini penting di dalam membangunkan peraturan sosial Islam seperti larangan riba, mengumpat, perbuatan zina dan lain-lain.
4. Kalangan Muslim juga ramai yang melihat peristiwa ini dari aspek saintifik yang harus membuka minda masyarakat untuk pembangunan kemajuan umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Masalah pertama ialah masalah pemikiran manusia yang menilai benar atau tidaknya peristiwa ini, khayalan atau realiti. Hal ini dapat dilihat contohnya pertama kali Nabi SAW memberitahu kaumnya, ramai yang menafikannya malah mula menghina Nabi. Malah ada kalangan Orang Islam awal yang mula meragui kebenaran Nabi s.a.w. Kalangan masyarakat Islam moden pula ada yang berlandaskan rasional semata-mata seolah menafikan peristiwa ini. Sebagaimana dijelaskan dalam satu tulisan bahawa; Mikraj merupakan peristiwa yang paling payah difahami oleh orang yang terjebak dengan dimensi reality alam fizikal semata mata. Mikraj Nabi SAW pada masa yang sama merupakan satu peristiwa yang paling payah diterima terutama sekali di kalangan generasi muda umat Islam yang sudah terpengaruh sepenuhnya dengan pandangan hidup berasaskan pernyataan sains moden. (Seyyed Hussein Nasr, 1994. hlm.16 & 24)

Sebenarnya kebimbangan orang-orang terdekat dengan Nabi SAW tentang ketidakpercayaan masyarakat tentang kisah mikraj ini apabila diceritakan kepada masyarakat umum ketika itu sudah pun digambarkan dari awal lagi. Contohnya Ibnu Hisham berkata bahawa seperti disampaikan kepadaku dari Ummu Hani binti Abdul Muthalib r.a (nama aslinya Hindun) tentang Isra’ Rasulullah s.a.w. Ummu Hani berkata; “,…setelah Baginda solat subuh baginda berkata “, Wahai ummu Hani’ sungguh aku telah solat isya akhir di lembah ini seperti yang engkau lihat, kemudian aku datang ke Baitul Maqdis dan solat di dalamnya, kemudian aku mengerjakan solat subuh bersama kalian sekarang seperti yang kalian lihat, ….aku (Hindun) berkata kepada baginda, ‘wahai Nabi Allah SAW jangan ceritakan peristiwa ini kepada manusia, sebab nanti mereka mendustakanmu dan menyakitimu’. Rasulullah SAW bersabda’ “ Demi Allah aku pasti menceritakan peristiwa ini kepada mereka. (Ibn Hisham, Sirah, 2002. hlm.363)

Masalah kedua pula, perselisihan pandangan berlaku mengenai samada peristiwa ini berlaku keatas Nabi secara roh sahaja atau jasad dan roh sekali. Masalah ini tidaklah seburuk masalah pertama yang tidak percaya kepada peristiwa israk dan mikraj ini. Dalam hal kedua ini, mereka mengakui kebenaran berlakunya Isra mikraj, namun berselisih pandangan adakah ianya berlaku secara roh atau mimpi sahaja atau adakah ianya berlaku secara pergerakan dan pengembaraan fizikal iaitu secara jasad dan Roh. Contohnya ; Ibn Ishak berkata bahawa Ya’kub bin Utbah bin al-Mughirah bin al-Akhnas berkata kepadaku jika Muawiyah bin Abu Sufyan ditanya tentang peristiwa isra’ Rasulullah s.a.w maka ia berkata: “sungguh mimpi-mimpi dari Allah adalah benar” (Ibn Hisham, 2002, hlm.361). Ini adalah salah satu contoh pandangan awal dalam sejarah Islam bahawa peristiwa ini mengikut satu pandangan berlaku tidak secara jasad tetapi secara roh sahaja.


Walau bagaimanapun tindakbalas dan reaksi manusia Islam terhadap peristiwa ini yang penting sekali adalah ianya suaTu reality yang benar-benar berlaku dan termaktub di dalam al-Quran:surah al-Isra’ ayat 1. yang bermaksud: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (surah al-Isra. 17:1)

Ibn Ishak dalam menyatakan mengenai periwayat-periwayat hadis israk dan mikraj bahawa; ….“mereka semua meriwayatkan dari Rasulullah SAW sebahagian dari apa yang beliau sebutkan tentang peristiwa israk yang beliau alami, . Sungguh pada peristiwa israk yang beliau jalani dan apa yang beliau sebutkan di dalamnya terdapat tujuan, seleksi dan salah satu bukti kekuasaan Allah. Di dalamnya juga terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal,, petunjuk, rahmat pengukuhan bagi orang yang beriman kepada Allah dan membenarkannya. Sungguh peristiwa isra’ adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah SWT mengisra’kan baginda seperti yang di kehendaki-Nya untuk memperlihatkan ayat-ayat-Nya kepada yang Dia inginkan, hingga beliau boleh menyaksikan bukti-bukti kekuasaannya dan kemampuannya mengerjakan apa sahaja yang diingininya. (IH, 358)

Oleh itu dalam membincangkan kalangan Muslim ketiga dan keempat adalah mereka yang percaya akan peristiwa ini dan seterusnya mengambil pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi SAW ini. Hasil dari peristiwa inilah sebenarnya umat Islam boleh jadikan sebagai salah satu panduan di dalam pembentukan ketamadunan umat Islam sendiri. Panduan ketamadunan itu sama ada dari segi peradabannya dan juga tamadun kebendaan dan keilmuannya.

Dari segi panduan peradaban, pengajaran dari peristiwa ini banyak menyumbang kepada sistem kemasyarakatan sehingga tidak dapat dinafikan lagi. Sebagaimana disebut dalam sirah Ibn Hisham bahawa, Keburukan-keburukan seperti keburukan orang yang memakan harta anak yatim, orang yang memakan harta riba, laki-laki penzina, wanita-wanita penzina dan sebagainya (Ibn Hisham, 2002 hlm.367). Gambaran balasan kejahatan ini, jika difahami akan menyedarkan kita mengenai keburukan dan siksaan perbuatan ini. Menghindari kejahatan seperti ini akan memberikan keharmonian kepada sesuatu bangsa itu dan secara langsung dapat membina peradaban bangsa berkenaan.

Dalam satu tulisan menyebut bahawa, pengalaman rohani yang utama hasil peristiwa israk mikraj ini merupakan contoh perjalanan rohani dan ibarat kiasan kepada kehidupan spiritual umat Islam umumnya. Malam pengembaraan “laylat al-Mi’raj ialah cermin kepada malam qadar (laylat al-qadr). ..Pengalaman Nabi dalam peristiwa mikraj ini menjadi inspirasi kepada ramai penulis Islam termasuklah pengaruhnya dalam karya-karya Ibn Arabi dan Sana’i yang kemudiannya mempengaruhi penulis dan kesusasteraan Eropah terutamanya Dante seperti yang dapat dilihat dalam karyanya Divine comedy. Peristiwa mikraj ini juga menjadi sumber ilham para wali dan ahli mistik Islam dari satu generasi ke satu generasi dan juga menggariskan asas kosmos Islam (Seyyed Hussein Nasr, 1994, hlm.17)

Namun begitu sebenarnya, Apa yang perlu dan penting sekali bagi umat Islam perpanjangkan kisah realiti ini ialah pengaplikasiannya dan pengadaptasian pengetahuan hasil anugerah terhadap Nabi SAW ini dalam aspek sains dan teknologi, sains angkasa, kosmologi dan sebagainya yang akhirnya boleh menyumbang kepada kemajuan tamadun Manusia. Sekadar menyebut beberapa contoh sahaja sebagaimana di bawah.

1. Burak; adalah suatu perlambangan kenderaan terpantas meneroka angkasa lepas. Orang Barat menggunakan kenderaan angkasa untuk meneroka planet Marikh contohnya. mengambi masa beberapa tahun untuk pergi dan kembali.
2. Masa; masa di sisi Tuhan adalah panjang berbanding masa dunia. Rasulullah SAW meneroka 7 lapisan langit hingga menemui Tuhannya dalam masa satu malam sahaja.
3. Alam; adalah ‘ma siwallah-apa atau sesuatu selain Allah’ keluasannya tidak terkira. …..ketika baginda melihat dengan mata batin dari sidrat al-muntaha ke alam ini. (Husein Haikal, 1989, hlm.157). Hal ini sudah pasti pada masa itu boleh melihat keseluruhan bumi ini yang bulat bentuknya.
4. Aspek-aspek sains dan teknologi serta keilmuan lain seperti aspek perubatan, kisah-kisah masa depan, hirarki sesebuah kerajaan dan sebagainya

Cukuplah sekadar membayangkan beberapa contoh sahaja panduan ketamadunan hasil dari reality peristiwa israk dan mikraj ini kepada kemajuan ilmu serta sains dan teknologi. Sebenarnya banyak lagi panduan ketamadunan yang boleh diambil dari kisah isra dan mikraj ini dalam banyak aspek ilmu pengetahuan. Kalau kita meneliti banyak pembikinan filem Hollywood sebagai contoh lain, sebenarnya jika diselidiki akan menyerlahkan suatu pengadaptasian dari kisah isra’ dan mikraj ini. Orang Barat juga begitu maju dalam bidang sains angkasa, sedangkan cetusan mengenai sains angkasa dan penerokaan angkasa lepas itu telah dicetuskan sedemikian lama oleh baginda SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Sebagai kesimpulannya peristiwa Isra Mikraj adalah suatu kejadian yang benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan Nabi SAW yang menjadi suatu anugerah kebesaran baginda SAW sebagai kekasih Allah dan nabi Akhir zaman. Peristiwa ini banyak mendatangkan kesan kepada kehidupan beribadat, bermasyarakat dan kehidupan keilmuan umat Islam dan manusia keseluruhannya. Dalam kehidupan beribadat Solat contohnya adalah ibadat terpenting yang diterima oleh baginda SAW secara terus dari Allah SWT.. Dalam kehidupan bermasyarakat pula. Segala peristiwa yang disaksikan oleh Nabi SAW mengenai keburukan mengumpat, riba, perbuatan zina dan sebagainya adalah mampu membentuk masyarakat berperadaban dan berharmoni. Akhir sekali peristiwa ini banyak mencetuskan dan membuka jalan kearah penerokaan pelbagai ilmu sains dan teknologi seperti kemajuan sains angkasa dan seterusnya menjadi panduan kepada ketamadunan manusia

Khamis, 24 Jun 2010

Kaedah Pengajaran Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim

terdapat banyak kaedah dan teknik yang boleh di gunakan oeh guru dalam melaksanakan pengajaran al-quran(Wan Bakar Wan Dagang 1990:Anatarnya:


1)Kaedah kelas(class teaching)

kaedah kelas sangat sesuai dalam pengajran tilwah al-quran keran murid boleh menumpukan perhatian dengan mendengar dan melihat cara guru membaca ayat-ayat al-quran yang di ajar.Namun begitu kaedah ini tidak boleh di gunakan sepenuhnya ke atas murid kerana ini akan menyebabkan wujudnya sekumpulan murid yang tertinggal dan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna

2)Kaedah Kumpulan (Group Teaching)

Kaedah kumpulan sangat sesuai di laksanakan bersama kaedah kelas.Murid boleh di kelaskan kepada bebrapa kumpulan mengikut kemampuan dan tahap mereka.Dalam program j-QAF kaedah ini dapat di laksanakan dengan baik kerana terdapat lebih dari seorang guru di dalam kelas untuk mengendalikan pembelajaran dalam kumpulan.Ddengan cara ini juga murid-murid yang berada dalam kumpulan lemah boleh di beri tumpuan dan latih tubi

3)Kedah bimbingan Rakan Sebaya (Peer-Teaching)

Di dalam kaedah kumpulan,murid-murid yang telah di kenal pasti mahir dan menguasai bacaan al-quran boleh di tugaskan unutk membantu guru mengajara rakan-rakanya membaca al-quran.Ini boleh menjimatkan masa dan dapat meningkatkan peluang setiap murid mendapat bimbingan


Pada pandangan saya....

1) Kaedah pertama satu kaedah yang cukup meluas di amalkan di sekolah-sekolah rendah,kerana ianya mudah dengan guru membaca murid mengikut,dan terikat dengan silibus al-quran..kaedah ini amata sesuai di gunakan bagi murid yang terlalu lemah yang mana tidak mampu memmbaca dengan sendiri..mudah-mudahn dengan mambaca bersama guru memberi ruang kepada murid mengerakkn lidahnya membaca al-quran.

2)Kaedah yang kedua-kaedah guru membahagikan kumpulan yang baik dan lemah dalam bacaan al-quran satu kaedah yang praktikal ketika ini,dan amat baik unutk di laksanakan ketika ini,kerana dapat memebri tumpuan yang lebih dan mantap...di tambah lagi dengan murid yang sudah melepasi sukatan pelajaran guru membiarkan mereka membaca apa yang sedang mereka baca,mereka tidak terikat dengan sukatan lagi,denagn ini akan membuat mereka selesa dan tidak busan.

3)kaedah ketiga pertolongan dr rakan sebaya yang baik bacaanya..membimbing kawan yang lemah atas dasar membantu guru,sangt baik di praktikalkan kerana menambah kemahiran murid yang sudah mampu membaca,guru hanya sebagai fasilitator,tetapi guru mesti memastikan murid tidak bermain dan boleh mengwal kelas dengan baik...

waallahua'lam........bersambuang pendekatan pengajaran al-quran..

Selasa, 22 Jun 2010

sedihnya...cerita seorang ayah..moga Allah tabahkan hatinya..



SEREMBAN 20 Jun - Lebur hati seorang suami yang sepatutnya menyambut Hari Bapa hari ini selepas isterinya sendiri ditangkap ketika berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan kira-kira pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Beliau hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan tiga tahun.

Katanya, dia bekerja di Kuala Lumpur manakala isterinya yang berusia 28 tahun bekerja di Pasir Besar, Jempol dekat sini sebagai Pembantu Perpustakaan.

"Saya menyayangi sepenuh hati saya tetapi dia (isteri) bersikap sebegini dengan saya.

"Bagaimanapun, kira-kira enam bulan yang lalu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan isteri saya apabila dia mula rapat dengan seorang lelaki yang berusia 21 tahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zul berkata, lelaki itu yang masih bujang bekerja di sebuah agensi kerajaan dan pejabat mereka terletak dalam satu bangunan.

"Apabila saya bertanya, isteri saya memberi alasan bahawa lelaki itu hanyalah adik angkat dan mereka juga selalu berjumpa kerana menyertai satu peniagaan jualan langsung.

"Namun, saya tidak menyangka bahawa itu hanyalah helah isteri saya dan dengan kuasa Allah semuanya terdedah semalam," ujarnya.

Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Zul berkata, isterinya itu berada di Port Dickson untuk menghadiri satu kursus selama dua hari di sebuah hotel bermula kelmarin.

''Walaupun isteri saya sudah meminta izin untuk mengikuti kursus itu namun hati saya berasa sangsi dan saya memutuskan untuk 'mengintip' isteri saya.

"Ketika saya berada di luar pintu hotel secara tiba-tiba saya melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menjemput isteri saya di luar lobi hotel kira-kira pukul 11 malam kelmarin," jelasnya.

Menurutnya, dia terus mengekori pergerakan pasangan berkenaan sebelum mereka berhenti dan menyewa sebuah lagi hotel di bandar itu.

"Ketika itu badan saya menggigil kerana marah tetapi saya kuatkan semangat dan terus membuat laporan kepada JHEAINS serta polis.

"Kini setelah apa yang berlaku saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menceraikan isteri saya atau tidak dan cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga sebelum membuat keputusan," katanya


...firman Allah subhanahuwata'la..

sesiapa yang mengamal sedikit pun kebaikan maka kebaikanla baginya..dan siapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah maka kejahatanlah baginya..