Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Isnin, 31 Mei 2010

Nama pun Yahudi laknatullah.......


asslamulaikum..al fatihah kepada ssaudara seagama islam yang terbunuh "syahid" ketika dalam perjalanan ke misi yang di panggil "Lifeline4Gaza", yang tujuan utamannye bagi menghulurkan bantuan kemanusian selepas puak-puak PBB pun tak mampu buat apa nak harapkan Amerika itu satu lagi haram jadah yang bersama-sama yahudi menghancurkan palestin khasnya dan umat islam umumnya

tak kirala betapa yang mati dan syahid menaiki kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini yang pasti mengukut sumber harakah daily..malaysiakini..begitu juga berita tv 3 kul 8 mlm td mnunjukkan betapa angkuhnya yahudi laknatullah nie..Allah dh berfirman puak-puak binatang ni takkan tunduk selagi kita tidak tunduk pada telunjuk mereka..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu-surah al-baqarah (120)

marilah kita bersama2 berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada seluruh umat islam dan pemimpin islam agar terus berani menghulurkan bantuan dan mengutuk serangan israel ini..sebab ada sesetangah pemimpin tak berani entahla ..penin duk fikir hehehe

Sabtu, 29 Mei 2010

يقول "نعم لكرة القدم " ، ويقول "ليس في لعب القمار على الكرة


Asslamulaikum..salam sejahtera dan salam 1 malaysia...banyak perkara yang baik dan banyak perbuatan yang buruk,,,banyak yang halal dan banyak yang haram..apa yang pasti halal itu jelas haram itu pun jelas..bahaya cikit perkara syubhat jauhkanla haram dan syubhat

Bermain beriadah adalah perkara yang bukan untuk tubuh badan fikizal saja tetap juga untuk akal fikiran peptaha arab ada berkata العقل السلم في الجسم السليم:akal yang cerdas itu ada pada tubun badan yang cergas..itu kebaikan bersukan,tetapi pada masa ini ada setengah pihak yang mahu menjadikan perkara yang baik kepada tidak baik..dari sukan yang dapat menyatukan perlabagai pihak,kaum,agama,fahaman politik..kepada perbuatan haram yang semestinya membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat..tahukah ada apa perbuatan yang terkutuk itu jawapanya semua sudah maklum JUDI...Allah dengan jelas telah berfirman bahwa judi arak ini lebih besar keburukan dari manfaatnya..

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

di antara keburukan judi ialah:

1.. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyaraka

2.Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

3.Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah

ini adalah diantara keburukan judi yang selalu kita fahami..memang ada kebaikan sepeti pungutan cukai tapi cikit sangat seumpama lekat kat celah gigi sahaja..jadi marilah kita bersama menjauhi perbuatan ini walaupun sudah ada lesen seolah-olah ada cop Halal pulak..apa nak wat sekarang ini ada judi halal ada judi haram...berdoalah pada Allah agar pemimpin kita diberi taufiq dan hidayat dr Allah subhanahuqata'ala aminnnnn

Khamis, 20 Mei 2010

Pasti Firaun,Hamman dan Abu Jahal terkezut...



Dengan segala kisah duka cita yang berlaku di malaysia sekarang ini,pasti kalau firaun masih hidup bersama hamman juga abu jahal mereka terkejut betapa hebatnya kejahilan dan sikap jahiliyyah yang berlaku khususnya di malaysia..kalau depa ni dulu bunuh anak laki saja itu pun firaun bunuh bkn tiap tahun selang2 tapi klu dia tengaok lani dia penin sebab lani tiap2 hari bunuh anak,bukan anak perempuan saja anak lelaki pun sama,,,,cara bunuh cukup hebat buang dalam tong sampah,dalam jamban,kat masjid,dalam tands,kat tong sam[ah dan macam2la hebat2 jahiliyyah zaman sekarang nie..


Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

zaman lani serba canggih teralalu hebat pergaulan terlalu bebas kadang2 kenai kat chatg je dah sangkut dah sanggup serah segalanya..menunjukkan betapa kurangnya iman muda-mudi sekarang ini...perzinaan yang berleluasa salah satu sebab berlaku benda-benda macam ini..macam mana nak selesaikan Allah dah ajar lama dah dengan memberi hukumanya dalam firmanye pun ada...

firman Allah Swt:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

cara paling tepat dan hebat ini sahaja psikologi apa kejadah sumenye belum tentu hehehe....fikir2 kanlah

Rabu, 5 Mei 2010

(9 mei 2010) عيد الام-شكرا لك يا امي





Tanggal lewat malam 17/2/1983 aku di lahirkan oleh seorang insan yang cukup mulia di sisi manusia yang bernama Mashitah bt abu hassan,lebih kurang wanita ini masa itu berusia 36 tahun...aku selamat di lahirkan selepas selama lebih kurang 9 bulan mengendong aku ke sana sini bersama saat aku di lahirkan insan mulia ini mempertaruhkan nyawanya bagi melihat aku lahir kedunia ..tak mungkin ada insan yang lebih hebat dan mulia dari insa nie..sekarang aku sudah berusia 27 tahun aku masih bersama denganya lantakla org nak kata aku mnja ke ape hehehe ader aku kisah.bersama ku juga abah yang tersayang walaupun kadang-kadang besala anak jantan dengan pak kekeke...kedua-duanye telah berusia dan menanti hari-hari yang berlalu..sempena hari ibu aku mengucapkan terima kasih yang amat tersangat buat mak aku kerana selama ini telah memberi segalanya-galanya hantta nyawanya bagi melihat aku berjaya..tidak juga buat abahku yang banyak berkorban di ats segalanya..terima kasih mak dan terima kasih abh..semoga Allah melanjutkan usia mereka dan memebri mereka kesihatan yang baik dan mengampuni dosa mereka berdua seumpama aku masih kecil seumpama kain yang putih..aminnnnnn selamat hari ibu.....doa buat mereka:


Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."