Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Sabtu, 29 Mei 2010

يقول "نعم لكرة القدم " ، ويقول "ليس في لعب القمار على الكرة


Asslamulaikum..salam sejahtera dan salam 1 malaysia...banyak perkara yang baik dan banyak perbuatan yang buruk,,,banyak yang halal dan banyak yang haram..apa yang pasti halal itu jelas haram itu pun jelas..bahaya cikit perkara syubhat jauhkanla haram dan syubhat

Bermain beriadah adalah perkara yang bukan untuk tubuh badan fikizal saja tetap juga untuk akal fikiran peptaha arab ada berkata العقل السلم في الجسم السليم:akal yang cerdas itu ada pada tubun badan yang cergas..itu kebaikan bersukan,tetapi pada masa ini ada setengah pihak yang mahu menjadikan perkara yang baik kepada tidak baik..dari sukan yang dapat menyatukan perlabagai pihak,kaum,agama,fahaman politik..kepada perbuatan haram yang semestinya membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat..tahukah ada apa perbuatan yang terkutuk itu jawapanya semua sudah maklum JUDI...Allah dengan jelas telah berfirman bahwa judi arak ini lebih besar keburukan dari manfaatnya..

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

di antara keburukan judi ialah:

1.. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyaraka

2.Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

3.Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah

ini adalah diantara keburukan judi yang selalu kita fahami..memang ada kebaikan sepeti pungutan cukai tapi cikit sangat seumpama lekat kat celah gigi sahaja..jadi marilah kita bersama menjauhi perbuatan ini walaupun sudah ada lesen seolah-olah ada cop Halal pulak..apa nak wat sekarang ini ada judi halal ada judi haram...berdoalah pada Allah agar pemimpin kita diberi taufiq dan hidayat dr Allah subhanahuqata'ala aminnnnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan