Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Sabtu, 19 Jun 2010

CARA MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK


Bismillahirrahmanirrahim...


Dikisahkan, bahawa ada seorang ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. Namun demikian, dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya.

Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''
Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''

Maka HATIM pun menjawab, "WUDUK ZAHIR sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara WUDUK BATIN ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah di lakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki sesama manusia." Seterusnya HATIM berkata lagi, "Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan Aku bayangkan ALLAH SWT dihadapanku, SYURGA disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, MALAIKAT MAUT dibelakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian SHIRATUL MUSTAQIM' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang kali terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama ini. Apabila ISAM BIN YUSUF mendengar, maka menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan HATIM AL-ASAM.

Selasa, 1 Jun 2010

Doakan kasi jahanam yahudi laknatullah.....


Bismillahhirrohmanirrohim,

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Amin ya rabbal alamin

Isnin, 31 Mei 2010

Nama pun Yahudi laknatullah.......


asslamulaikum..al fatihah kepada ssaudara seagama islam yang terbunuh "syahid" ketika dalam perjalanan ke misi yang di panggil "Lifeline4Gaza", yang tujuan utamannye bagi menghulurkan bantuan kemanusian selepas puak-puak PBB pun tak mampu buat apa nak harapkan Amerika itu satu lagi haram jadah yang bersama-sama yahudi menghancurkan palestin khasnya dan umat islam umumnya

tak kirala betapa yang mati dan syahid menaiki kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini yang pasti mengukut sumber harakah daily..malaysiakini..begitu juga berita tv 3 kul 8 mlm td mnunjukkan betapa angkuhnya yahudi laknatullah nie..Allah dh berfirman puak-puak binatang ni takkan tunduk selagi kita tidak tunduk pada telunjuk mereka..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu-surah al-baqarah (120)

marilah kita bersama2 berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada seluruh umat islam dan pemimpin islam agar terus berani menghulurkan bantuan dan mengutuk serangan israel ini..sebab ada sesetangah pemimpin tak berani entahla ..penin duk fikir hehehe

Sabtu, 29 Mei 2010

يقول "نعم لكرة القدم " ، ويقول "ليس في لعب القمار على الكرة


Asslamulaikum..salam sejahtera dan salam 1 malaysia...banyak perkara yang baik dan banyak perbuatan yang buruk,,,banyak yang halal dan banyak yang haram..apa yang pasti halal itu jelas haram itu pun jelas..bahaya cikit perkara syubhat jauhkanla haram dan syubhat

Bermain beriadah adalah perkara yang bukan untuk tubuh badan fikizal saja tetap juga untuk akal fikiran peptaha arab ada berkata العقل السلم في الجسم السليم:akal yang cerdas itu ada pada tubun badan yang cergas..itu kebaikan bersukan,tetapi pada masa ini ada setengah pihak yang mahu menjadikan perkara yang baik kepada tidak baik..dari sukan yang dapat menyatukan perlabagai pihak,kaum,agama,fahaman politik..kepada perbuatan haram yang semestinya membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat..tahukah ada apa perbuatan yang terkutuk itu jawapanya semua sudah maklum JUDI...Allah dengan jelas telah berfirman bahwa judi arak ini lebih besar keburukan dari manfaatnya..

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

di antara keburukan judi ialah:

1.. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyaraka

2.Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

3.Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah

ini adalah diantara keburukan judi yang selalu kita fahami..memang ada kebaikan sepeti pungutan cukai tapi cikit sangat seumpama lekat kat celah gigi sahaja..jadi marilah kita bersama menjauhi perbuatan ini walaupun sudah ada lesen seolah-olah ada cop Halal pulak..apa nak wat sekarang ini ada judi halal ada judi haram...berdoalah pada Allah agar pemimpin kita diberi taufiq dan hidayat dr Allah subhanahuqata'ala aminnnnn