Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Syakhsiah di Dahulukan Pencapaian di Utamakan

Jumaat, 5 November 2010

Syukur Si Buta

Rasulullah SAW menceritakan suatu kisah kepada para sahabatnya. Kisah penuh hikmah ini, dicatat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka (Bukhari no. 3464 dan Muslim no. 2964). Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bercerita: “Dahulu ada tiga orang Bani Israil yang masing-masing menderita suatu penyakit. Orang pertama diserang penyakit kudis di seluruh tubuhnya, orang kedua tidak memiliki sehelai rambut pun di kepalanya (botak) dan orang ketiga menderita cacat pada matanya sehingga tidak boleh melihat (buta). Allah ingin menguji mereka dengan mengutus seorang malaikat-Nya. Malaikat pun mendatangi orang pertama seraya bertanya: “Apakah yang paling anda inginkan?” Jawabnya: “Warna dan kulit yang indah serta hilangnya seluruh cacat di tubuhku yang membuat manusia menjauhiku.” Malaikat lalu mengusapnya sehingga kecacatan di kulitnya hilang dan berganti warna kulit yang indah. Malaikat lalu bertanya lagi: “Binatang (ternak) apa yang paling anda inginkan?” Jawabnya: “Unta…” Lantas diapun diberi unta yang sedang bunting dan malaikat berdoa: “Semoga Allah memberkatimu dengan binatang itu.” Seterusnya malaikat mendatangi orang yang botak dan bertanya: “Apakah yang paling anda inginkan?” Jawabnya: “Rambut yang indah serta hilangnya seluruh kecacatan yang membuat manusia lari dariku.” Malaikat lalu mengusapnya sehingga kecacatan di kepalanya hilang dan diberi rambut yang indah. Malaikat lalu bertanya lagi: “Binatang apa yang paling anda sukai?” Jawabnya: “Sapi.” Lalu diapun diberi seekor sapi bunting. Kemudian malaikat berdoa: “Semoga Allah memberkatimu dengan binatang tersebut.” Kemudian malaikat mendatangi orang yang ketiga (si buta) dengan pertanyaan yang sama: “Apakah sesuatu yang paling anda inginkan?” Jawabnya: “Semoga Allah menyembuhkan mataku hingga aku dapat melihat.” Malaikat lalu mengusapnya sehingga dia dapat melihat. Malaikat lalu bertanya lagi: “Binatang apa yang paling anda inginkan?” Jawabnya: “Kambing.” Lantas diapun diberi kambing bunting dan malaikat berdoa: “Semoga Allah memberkatimu dengan binatang itu.” Waktu terus berputar, hari silih berganti, bulan berganti terus berjalan dan tahun-tahun terus berlalu. Ternakan mereka semakin berkembang biak dan bertambah banyak, sehingga masing-masing mempunyai sebuah lembah yang dipergunakan untuk menggembala ternakan masing-masing. Lembah unta, lembah sapi dan lembah kambing... Kini tiba saatnya bagi Allah untuk menguji mereka. Malaikat kembali mendatangi orang pertama yang kini adalah orang kaya dan tidak lagi berkudis. Malaikat tersebut datang dengan wujud dan keadaan orang tersebut sebelum jadi kaya, iaitu seorang yang miskin lagi berkudis. Kemudian mengatakan: “Saya seorang miskin yang kehabisan bekal dalam perjalanan. Hari ini tiada yang dapat menolong diri saya kecuali Allah, kemudian tuan. Saya memohon kepada tuan yang telah dikurniai kulit yang indah supaya berkenan kiranya memberi harta demi meneruskan perjalanan saya.” Si kudis menjawab: “Tidak, keperluanku yang lain masih banyak.” Malaikat berkata: “Dulu seperti saya pernah mengenal tuan. Bukankah dahulunya tuan adalah seorang yang berkudis lalu Allah sembuhkan dan dahulu tuan adalah seorang yang fakir lalu Allah cukupkan?” Dia menjawab: “Harta ini adalah harta warisan nenek moyang sejak dulu.” Kata Malaikat: “Jikalau tuan berdusta, maka Allah akan merubah tuan seperti keadaan dahulu.” Berikutnya malaikat mendatangi orang kedua. Malaikat itu menyerupai wujudnya ketika masih miskin dan botak dahulu, seraya mengajukan permintaan yang serupa dengan orang kedua tadi. Jawapan yang diperoleh pun tidak berbeza dengan jawapan orang pertama. Akhirnya Malaikat berkata: “Jikalau tuan berdusta, maka Allah akan merubah tuan seperti keadaan dahulu.” Malaikat kemudian mendatangi orang ketiga dengan rupa seorang buta yang miskin seraya mengatakan: “Saya orang miskin yang kehabisan bekal dalam perjalanan. Hari ini tiada yang dapat menolong diri saya kecuali Allah, kemudian tuan. Saya memohon kepada tuan yang telah disembuhkan oleh Allah untuk berkenan kiranya memberi saya sedikit harta demi meneruskan perjalanan saya ini.” Jawab si buta: “Dahulu aku adalah seorang yang buta, kemudian Allah menyembuhkanku. Maka ambillah apa saja dan berapapun yang anda mahu dan tinggalkan yang anda tidak suka. Demi Allah, saya tidak merasa keberatan bila anda mengambil sesuatu untuk Allah.” Malaikat menjawab: “Tahanlah hartamu, ambillah kembali. Sesungguhnya kalian sedang diuji. Allah telah meredhaimu dan murka kepada saudaramu.”
Si buta dengan ikhlas hati memberikan hartanya kepada malaikat tersebut yang dalam pandangannya adalah seorang yang memerlukan bantuan. Maka Allah memberkatinya dan dia tetap memiliki hartanya. Berbeza halnya dengan kedua rakannya dahulu yang ternyata berubah menjadi bakhil. Setelah berubah menjadi orang kaya dan berkedudukan, keduanya lupa kewajipan mereka, iaitu bersyukur kepada Allah dan memberikan hak orang lain yang juga memerlukan bantuan. Maka akhirnya keadaan mereka dikembalikan sebagaimana dahulu.”

Ahad, 31 Oktober 2010

kewajipan suami........

(maka wajiblah) atas suami mengajar isterimua akan segala iktiqad ahli sunnah wal jamaah daripada segala yang wajib bagi allah ta'ala.dan harus baginya dan mustahil baginya dan wajib pula bagi aqidatul iman.


(maka wajiblah)atas suami mengajar hukum sembahyang dan barang sebagainya segala halal dan haram seperti meninggal mengumpat dan mengadu ngadu.


((wajib) atas suami belajar akan bicara haid dan nifas  dan hukum dan wajib pula mengajar yang demikian itu akan isterinya dan wajib mengajar mandi janabah dan mandi haid juga nifas dan wiladah.

(dan apabila)mengajar oleh suamianya segala tentang hukum hakam dan ilmu2 maka tidak harus  bagi isteri itu keluar belajar.dan juka tidak mengajar ia  maka haruslah bagi isteri itu keluar belajar dan wajib bagi suami dan haramlah bagi suami  menegahnya.


(dan harus)bagi perempuah itu keluar kerana belajar ilmu yang terlebih daripada fardhu ain melainkan dengan izin suaminya.

 rujukan ;kitab muhimmah

Sabtu, 23 Oktober 2010

Hukum serta hukuman kpd puak2 yang tinggalkan solat

terbahagi kepada 2 sikap manusia itu:

 pertama-sekiranya dia meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipanya atau mempersendakan hukum,dia di hukum kafir dan murtad..Pemerintah islam wajib menyruruhnya supaya bertaubat.Sekiranya dia bertaubat dan mendirikan solat maka itu wajib baginya.Sekiranya dia enggan dia hendaklah di bunuh di sebabkan kemurtadanya dan tidak harus di mandikan,di kafankan dan di sembahyangkan,tidak harus juga di kebumikan di perkuburan orang islam.

-dalil:imam muslim(82) dan lain-lain meriwayatkanya daripada jabir R.A bahawa dia berkata:aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:sesungguhnya sempadan seorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang.

 kedua-orang yang tidak solat kerana malas atau sebagainya tetapi dia masih beriktikad solay itu satu kewajipan,maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memrintahkanya supaya mengqadakkan solatnya yang di tinggalkan dan bertaubat daripada dosa itu.Sekiranya dia enggan bertaubat dan enggan qadak solat itu,maka wajiblah di bunuh sebagai melaksanakan hukum hudud-kenapa di kira sebagai hukum bunuh hudud kerana dia masih seorang islam yang derhaka dgn perintah Allah.Selepas di bunuh jenazahnya dia diuruskan sebagi org islam yang lain.

Dalil:imam bukhari dan muslim meriwaytakn hadis darpada ibnu umar bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
(aku di perintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengakui bhw tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah dan mereka mendirikn  sembahyang serta mengeluarkan zakat.Apabila mereka melakukan yang maka daah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan cara yang hak yang di benarkan oleh islam dan perhitungan mereka terserahlah kepada Allah)

semoga Allah menetapkan hati kita kepada mentaati segala perintahnya Aminnnnn

sumber rujukan:fiqhul manhaji-kitab fekah mazhab syafie

Khamis, 21 Oktober 2010

Derhakalah ia......

perempuan-perempuan......

1-sbb menegahkan akan suaminya darpada mengambil kesukaan sama ada diwathi atau lainya,seperti menegah ia akan suaminya menjamah dan menyentuh barang tempat daripada badanya.

2-(Demikian lagi) derhakahlah ia sebab keluarnya darpada rumah dengan tiada izin suaminya,samada suaminya hadir atau ghaib atau keluar ia pada majlis zikir atau ilmu bukan fardhu ain.

3-Derhaka pula sbb mengunci aia akan pintu ketika mengkehendak suaminya masuk kepadanya.

4-Derhaka pula sbb meminta talaknya

5-Dan derhaka pula sbb masam mukanya kemudian daripada bersihnya.

Maka dehaka perempuan itu akan suaminya itu memberi fatwa oleh beberapa ulama' iaiatulah daripada dosa yang amat besar...

:sumber

kitab muhimmah